suria

Pelakon ‘Squid Game’ Park Hae Soo muncul dengan ‘Chimera’, bongkar pembunuhan misteri tahun 1984… saksikan di Viu, bermula hari ini!

Drama terbaharu Park Hae Soo 'Chimera' ditayangkan di Viu bermula Ahad.

BINTANG Squid Game, Park Hae Soo yang kini menjadi perhatian dunia muncul dengan drama terbaharu berjudul Chimera.

Karya 16 episod yang ditunggu-tunggu peminat Kdrama itu mula ditayangkan di Viu bermula 31 Oktober ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah cinta dan perpisahan Song Hye Kyo dan Jang Ki Yong dalam ‘Now, We’re Breaking Up’... saksikan di Viu November ini!

ARTIKEL BERKAITAN: Bermula dendam akhirnya jatuh cinta... gandingan mantap dua pelakon terkenal dalam ‘Sweet Sin’, drama siri Thai popular hanya di Viu

Selain Park Have Soo, drama bergenre jenayah, suspen dan thriller ini turut dibintangi oleh bintang Hollywood yang popular menerusi filem Marvel dan Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelweld, Claudia Kim Soo Hyun dan Lee Hee Joon.

Chimera mengisahkan tentang kes letupan dan kisah pembunuhan bersiri pada tahun 1984 lalu. Insiden itu dikenali sebagai Chimera.

Kisah ini mengenai watak utama bernama Cha Jae Hyun lakonan Park Hae Soo yang merupakan seorang detektif menjejaki penjenayah dan membongkar rahsia antara dua kes.

Selain Chae Jae Hyun, drama ini turut menceritakan kisah doktor Lee Joong Yeob (Lee Hee Joon) dan penjenayah yang pernah bekerja di FBI, Yoo Jin (Claudia Kim).

Mereka bertiga kemudian bekerjasama untuk menjejak penjahat dengan merungkai misteri dan membongkar kejadian pada tahun 1984 dan kes yang terjadi pada masa kini.

Mengapa disebut sebagai Chimera? Cerita mengenai watak pembunuh yang disebut sebagai Chimera ialah Monster di zaman Greek yang berkepala singa, bertubuh domba, dan berekor ular yang dibunuh dengan cara menembak api melalui tekaknya

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain