suria

Lagu nasyid masih relevan, Inteam ikut trend dekati peminat muda… mahu sampaikan nasihat dan mesej Islam

Syahril (kiri sekali) dan kumpulan Inteam yakin irama nasyid kekal relevan selamanya.

KEWUJUDAN pelbagai genre lagu di pasaran muzik tanah air sama sekali tidak menggugat permintaan irama nasyid.

Mengakui lagu nasyid masih relevan, ketua kumpulan Inteam iaitu Mohd Syahril Abdul Khalid berkata lagu ketuhanan masih mendapat tempat di hati peminat dan terus diminati sehingga kini.

"Irama nasyid masih relevan... walaupun tak meriah seperti dulu, tapi Alhamdulillah sentiasa ada jemputan terutamanya dalam perayaan-perayaan besar Islam seperti Awal Muharam, Maulidur Rasul dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Inteam sempena ulang tahun ke-20 tetap diteruskan meski PKPB dilanjut

ARTIKEL BERKAITAN: Sempena ulang tahun ke-19, kumpulan nasyid InTeam belanja lagu Kasih Kekasih

"Sehingga kini, kami masih dapat jemputan dan InsyaAllah sentiasa relevan. Apa-apa pun itu (irama nasyid) bergantung kepada penerimaan masyarakat.

"Kami sentiasa berada di situ untuk menyampaikan nasihat dan mesej-mesej Islam," katanya kepada mStar.

inteam 2

Inteam dan VE tampil dalam lagu cover Allah Allah Agishna.

Ini terbukti apabila kerjasamanya bersama penyanyi Khai Bahar menerusi lagu Setanggi Syurga 2020 menerima sambutan baik daripada peminat.

Malah gandingan terbaharu Inteam bersama kumpulan VE dalam lagu Allah Allah Aghisna yang dirakam semula turut menjadi trending di media sosial.

"Sama seperti kami bekerjasama dengan penyanyi, Khai Bahar. Kami dapat luaskan lagi pendengar nasyid, sebab itu kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja bagi mengembangkan lagi irama nasyid.

Muzik nasyid masih mempunyai permintaan dan akan kekal relevan selamanya!

INTEAM

KUMPULAN NASYID

"Selain itu, Inteam dah lama berhasrat nak bekerjasama dengan VE... sebelum ini kami pernah terbabit dalam program Maulid dan Malam Cinta Rasul, jadi kebetulan baru-baru ini tercetus idea untuk kami menghasilkan single cover sempena Maulidur Rasul.

"Alhamdulillah kedua-dua lagu menerima sambutan sangat baik dan ramai menggunakan lagu kami di media sosial. Jelaslah muzik nasyid masih mempunyai permintaan dan akan kekal relevan selamanya," ujarnya.

inteam 3

Inteam dan Pertubuhan Dhuafa Sejahtera anjur program amal sempena Maulidur Rasul, baru-baru ini.

Selain Syahril, Inteam turut dianggotai Muhammad Hazamin Harun, Hisyam Ahmad dan Abdul Rahim Osman

Dalam perkembangan lain, Inteam juga giat menjalankan kerja amal bersama beberapa pertubuhan antaranya Pertubuhan Dhuafa Sejahtera.

Terbaharu, Inteam bersama Dhuafa melakukan kerja dakwah dan kebajikan bersempena Maulidul Rasul SAW yang diadakan baru-baru ini.

Mereka menganjurkan ceramah agama dan kemudian mengadakan kunjungan ziarah ke beberapa rumah terpilih sekitar Selangor termasuklah melawat salah seorang anggota kumpulan nasyid Rabbani yang berdepan masalah kesihatan.

Dalam program amal itu, Inteam dan Pertubuhan Dhuafa Sejahtera turut memberi petrol percuma kepada lebih 100 buah motosikal dan kenderaan e-hailing di beberapa stesen minyak terpilih.

Tidak dilupakan, mereka turut menyantuni 60 asnaf di Masjid Jumhuriah, Taman Dato Harun, Petaling Jaya Selatan yang rata-ratanya adalam miskin tegar dan terkesan dengan pandemik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain