suria

Sarat hamil enam bulan, Ernie Zakri akui mencabar, perlu rehat secukupnya sebelum konsert di Istana Budaya

Ernie memerlukan rehat secukupnya untuk membuat persembahan.

KANDUNGAN mencecah enam bulan, penyanyi Ernie Zakri bersyukur dan yakin masih mampu untuk menyanyi dengan baik.

Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri berkata, dia memerlukan rehat yang secukupnya sebelum persembahan di Konsert Patriotik Tanah Airku yang akan berlangsung di Istana Budaya pada Sabtu

ARTIKEL BERKAITAN: Alhamdulillah... Ernie Zakri hamil 4 bulan - “Masuk trimester kedua dia berdepan alahan loya”

"Alhamdulillah, saya masih boleh menyanyi cuma saya tak boleh terlalu penat. Insya-Allah dengan keadaan cukup rehat, saya boleh lakukan dengan baik.

Ernie 1

Ernie masih mampu menyanyi biarpun sarat mengandung.

"Sejujurnya, memang agak sukar dan mencabar dalam keadaan saya sekarang sangat berbeza. Tambahan pula konsert ini memerlukan tenaga dan masa yang banyak.

"Tapi saya bersyukur pihak pengurusan sudah maklumkan kepada Istana Budaya untuk saya punya masa. Saya tak boleh berada lama di sana untuk latihan.

Untuk persiapan menjelang konsert ini, saya banyak berlatih di rumah dahulu.

ERNIE ZAKRI

PENYANYI

"Mungkin saya hanya akan datang sana apabila diperlukan sahaja. Sebab saya perlukan rehat secukupnya," katanya kepada mStar.

Selain Ernie, konsert yang akan diiringi kumpulan muzik orkestra itu turut disertai oleh Aina Abdul dan Syamel.

Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi Syamel ini memberitahu dia melakukan latihan secara persendirian di rumah sebelum menjejak kaki ke pentas Panggung Sari, Istana Budaya.

Ernie 2

Ernie dan Syamel akan beraksi di pentas Istana Budaya.

"Untuk persiapan menjelang konsert ini, saya banyak berlatih di rumah dahulu. Sebab hari ini (Rabu) baru kami mula sesi latihan di Istana Budaya.

"Apa yang akan terjadi di pentas itu nanti saya tak dapat nak jangka lagi sebab saya tak melihat pentas sepenuhnya dan tak dengar lagi okestra macam mana.

"Buat masa ini persiapan hanya dari segi personal saya sendiri saja," ujarnya.

Untuk rekod, Ernie mendirikan rumah tangga dengan Syamel pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain