suria

Mujur tak sempat ke Langkawi, Shahrulezad lega dapat tahu awal positif Covid-19 - “Jangan percaya sangat saliva atau antigen test tu”

Shahrulezad yang disahkan positif Covid-19 selepas kali kedua melakukan ujian calitan di klinik.

MULA dengan rasa tidak sedap badan pada Isnin, pengarah dan penerbit Shahrulezad Mohameddin berasa lega apabila keputusan ujian calitan kedua akhirnya menunjukkan dia positif Covid-19.

Menurut pengarah drama Nur ini, pada mulanya dia berasa bimbang menjadi pembawa virus maut itu kerana ragu-ragu dengan keputusan ujian pantas atau RTK-Antigen yang mendapati keputusan negatif.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Lapar’ perhatian, Shahrulezad kesal pelakon wanita sanggup buka pekung artis lain di TikTok - “Dia tutup periuk nasi sendiri”

"Nak dijadikan cerita saya yang negatif pada awalnya ini tiba-tiba rasa tak sedap badan sejak semalam lagi. Saya makan paracetamol pun demam macam itu juga.

Budak Ijat 1

Shahrulezad kongsi perkara itu di Instagram.

"Hari ini sebelum masuk pejabat dan turun set, saya buat keputusan untuk lakukan ujian sekali lagi dan Alhamdullilah abam (abang) rupa-rupanya positif.

"Sekarang semua staff Radiusone tengah duduk beratur kat depan klinik tu kena buat RTK test sekali lagi. Saya takut kalau benda ni makin merebak," katanya.

Mujur saya tak sempat berlepas ke Langkawi esok nak lawat set saya satu lagi di sana.

SHAHRULEZAD

PENGARAH

Shahrulezad berkongsi mengenai berita tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.

Dalam pada itu, Shahrulezad menasihati orang ramai agar melakukan ujian calitan di klinik atau hospital sekiranya berasa kurang sihat.

"Apa yang saya belajar di sini ialah kalau anda dah mula tak sedap badan terus buat RTK atau PCR test terus. Jangan percaya sangat dengan saliva/antigen test tu.

Budak Ijat 21

Shahrulezad beri nasihat agar terus ke klinik jika kurang sihat.

"Gara-gara percayakan saliva test tu la dah tak fasal saya dan staf pertama terkena tu jadi pembawa virus Covi-19 tanpa kita sedar.

"So guys hati-hati. Badan tak sedap saja terus ke klinik. Jangan makan paracetamol je. Terus serah lubang hidung korang pada doktor untuk diperiksa.

"Mujur saya tak sempat berlepas ke Langkawi esok nak lawat set di sana. Kalau tidak... tak fasal saya kena kuarantin kat sana pula," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain