AKTIF sebagai atlet sukan badminton sejak kecil, penyanyi baharu Syahmi Irfan mengakui dia tidak pernah menyesal keluar daripada pasukan Junior Badminton Malaysia pada tahun lalu. Menurut Syahmi, dia mengambil keputusan tersebut bukan disebabkan ingin ceburi bidang nyanyian sebaliknya selepas mengambil kira pencapaiannya dalam sukan itu semakin merosot. "Saya berhenti daripada sukan badminton bukan sebab nak menyanyi tapi ketika itu pencapaian saya tak berapa nak bagus. Syahmi pernah menyertai Lagu Cinta Kita pada tahun lalu. "Lagipun saya melihat perjalanan dalam bidang sukan itu agak sukar. Jadi saya ambil keputusan untuk cuba nasib dalam industri muzik pula. "Nak cakap rugi tak rugi tu... memang sejak kecil lagi saya habiskan masa dengan badminton. Banyak pengalaman saya dalam sukan. Orang ingat saya ambil jurusan muzik tapi sebenarnya saya pilih sukan. SYAHMI IRFAN PENYANYI "Tapi saya tak rasa kesal atau menyesal sebab saya memang minat menyanyi dan berharap dapat menjadi seorang penyanyi yang baik," katanya kepada mStar. Penyanyi berusia 20 tahun ini ditemui ketika makan malam bersama syarikat pengurusan Indigital Sdn Bhd di Restauran Udang Galah, Putrajaya baru-baru ini. Dalam pada itu, penyanyi lagu Mungkir ini turut memberitahu dia kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang sukan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Syahmi merupakan pelajar UiTM Shah Alam. "Sebenarnya saya masih melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam. Orang ingat saya ambil jurusan muzik tapi sebenarnya saya pilih sukan. "Masa saya habis sekolah, memang ada perasaan nak ambil jurusan muzik tapi masa di sekolah sukan, saya banyak belajar tentang sukan. "Jadi saya rasa mungkin rugi kalau saya tak teruskan pelajaran dalam jurusan sukan sebab saya dah banyak tahu tentang bidang itu," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!