HAMPIR enam tahun menyepi daripada dunia nyanyian, penyanyi dan pelakon Hazman Al-Idrus kini tampil dengan lagu terbaharu berjudul AURA. Pertama kali terlibat dalam pembikinan lagu, Hazman atau nama sebenarnya Syed Muhammad Hazman Syed Yusof Al-Idrus mengakui ia satu pengalaman yang mencabar. ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Tamak, Sekadar Cuba Nasib - Hazman Bagimanapun penyanyi berusia 33 tahun ini bersyukur kerana dapat mempelajari banyak perkara baharu dalam proses penerbitan karya sulungnya. Saya menjadikan AURA sebagai inspirasi bagi diri sendiri. HAZMAN AL-IDRUS PELAKON & PENYANYI "Pengalaman dalam dunia muzik dan rakaman sangat mencabar sebab ini adalah karya sulung dan saya memang tiada pengalaman untuk menerbitkan lagu. "Banyak perkara baru yang saya belajar antaranya menulis lirik lagu, mencipta melodi, masuk ke studio untuk rakaman, penyusunan muzik dan vokal sehinggalah proses penerbitan lagu ini. "Bukan mudah, namun ia adalah proses pembelajaran bagi saya supaya lebih mahir pada masa akan datang," kata Hazman kepada mStar. Sebelum in, Hazman pernah mewakili Malaysia untuk rancangan realiti nyanyian D’Academy Asia musim pertama di Indonesia pada tahun 2015. Hazman harap karya sulungnya diterima peminat. Dalam pada itu, pelakon drama Rindu Yang Terindah ini memberitahu dia mendapat ilham mencipta lagu tersebut ketika berada di Janda Baik. "Saya mendapat ilham lagu AURA ini tepat pukul 12 tengah malam di tepi sungai rumah datuk saudara di Janda Baik. Aura disana pun lain macam jadi. "Setelah mendapat ilham mencipta melodi serta lirik tu saya pun terus simpan gitar dan dengan rasa bersemangat saya dapat idea untuk namakan lagu ini. "Dengan comeback ini, saya menjadikan AURA sebagai inspirasi bagi diri sendiri supaya dapat memberikan aura positif dalam kerjaya dan aktiviti seni serta kehidupan yang saya jalani," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!