suria

Gara-gara salah teknik nyanyian, Meer Nash hilang suara... guna bahasa isyarat nak bercakap dengan famili

Meer Nash tak boleh bercakap selama seminggu.

GARA-GARA kesilapan teknik nyanyian, penyanyi Meer Nash terpaksa menanggung kesakitan pada bahagian tekak sejak dua minggu lalu.

Menurut Meer Nash atau nama sebenar Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul, 26, dia hilang suara hingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital pakar di Pulau Pinang.

"Sebenarnya dah dua minggu sakit tekak, minggu lepas pergi klinik ingat sakit tekak biasa, doktor bagi ubat tapi masih sama sehingga hari ini... memandangkan saya sekarang berada di rumah nenek di Pulau Pinang, jadi saya ambil keputusan dapatkan rawatan di hospital pakar di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan Jimin BTS saja... ada yang cakap iras Lucas NCT dan Kai EXO” - ‘Oppa’ Malaysia, Meernash tak gentar diserang peminat K-pop, pasang impian kerjasama dengan ‘idol’

ARTIKEL BERKAITAN: Meer Nash ‘Oppa Malay’ sanggup duduk berjam-jam depan cermin sebab makeup! - “Bukan sebab nak jadi Korean”

"Doktor buat pemeriksaan lanjut dan dapati ada bengkak dan jangkitan pada bahagian tekak... doktor masukkan kamera dan buat pemeriksaan menyeluruh.

meernash 2

Meer Nash dapatkan rawatan di hospital pakar.

"Doktor kata mungkin sebab terlebih guna suara atau ada kesilapan teknik nyanyian. Sebelum ini saya ada buat persembahan di majlis kahwin sepupu dan di sebuah program televisyen," katanya kepada mStar.

Tak sangka pula saya kena penyakit yang paling ditakuti oleh penyanyi... harap sangat sembuh secepat mungkin

MEER NASH

PENYANYI

Bimbang kecederaan itu menjadi lebih parah, penyanyi lagu Saranghae ini dinasihati oleh doktor untuk tidak bercakap selama seminggu.

Ini bagi memastikan bahagian tekaknya benar-benar pulih dan tidak menganggu bahagian peti suaranya.

meernash 3

Meer Nash bimbang kecederaan ganggu cara nyanyiannya.

"Dalam masa seminggu ini saya tak boleh bercakap. Kena diam sahajalah sehingga benar-benar sembuh. Mujur saya dapatkan rawatan segera sebab kata doktor bahaya kerana boleh ganggu vocal cord.

"Tak sangka pula saya kena penyakit yang paling ditakuti oleh penyanyi... harap sangat sembuh secepat mungkin sebab minggu depan saya ada rakaman lagu dan persembahan.

"Nak bercakap dengan famili pun guna bahasa isyarat dan melalui teks Whatsapp. Terima kasih kepada mereka yang bertanya khabar di media sosial dan mendoakan semoga saya cepat sembuh," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain