suria

Letak ‘jawatan’ sebagai penyanyi, Vida hantar Cik B balas lagu Iqbal - “Luar biasa... tentang DSV yang gersang!”

Vida beri laluan kepada anak untuk menyerlah sebagai penyanyi.

SELEPAS kejayaan single pertama nyanyian Ahmad Iqbal Zulkefli berjudul Hujan, ramai pula netizen meminta usahawan kosmetik Datuk Seri Vida membalas semula lagu yang ditujukan oleh bekas kekasih tak jadinya itu.

Menjawab pertanyaan peminat, Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata dia enggan lagi terbabit dalam industri muzik dan mahu memberi laluan kepada anak perempuannya iaitu Cik B untuk terus menyinar sebagai penyanyi.

Kata Vida, 50, biarlah Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 16, membalas mesej Iqbal dalam lagu terbaharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Vida seperti ‘makan cili rasa pedas’ tonton MV lagu Iqbal, tuduh lapar publisiti - “Semuanya temberang, plot twist kalah cerita Tamil”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Vida dakwa Iqbal disihir, terjah rumah bukan sebab nafsu - “Saya rendahkan maruah selamatkan satu jasad dan roh”

"Cik B tengah buat lagu, akan datang dia balas... saya tak nak masuk gelanggang dah sebab kita dah international level, bagi Cik B dulu la.

vida 2Vida (tengah) bersama dua anaknya Cik B (kanan) dan Kacak.

"Saya hantar dia je, saya tengok belakang tabir sahaja. Semua Cik B buat, dia tengah tulis lagu dan akan dilancarkan secepat mungkin... luar biasa!

"Semestinya lagu tentang DSV la... kisah DSV yang gersang. Gersang tu secara umum, siapa nak tahu kena subscribe YouTube Cik B,” katanya.

Semua Cik B buat, dia tengah tulis lagu dan akan dilancarkan secepat mungkin!

DATUK SERI VIDA

USAHAWAN KOSMETIK

Vida memaklumkan mengenai perkara itu menerusi siaran langsung bersama Nur Sajat menerusi Instagram pada Khamis.

Untuk rekod, Vida sebelum ini pernah muncul dengan dua buah lagu berjudul I Am Me dan Lavida Raya.

vida 3Vida terasa hati apabila menonton MV lagu baharu Iqbal.

Pada Isnin lalu, lagu Hujan nyanyian Iqbal menerima sambutan hangat pendengar hingga menjadi trending di laman YouTube.

Mengulas mengenai lagu berkenaan, Vida mengakui tidak sanggup menghabiskan tontonan video muzik itu dan menyifatkan bekas pembantu peribadinya itu seorang yang gilakan populariti hingga tergamak menjadikan ‘kisah kahwin tak jadi’ sebagai sebahagian jalan cerita dalam MV lagu itu.

"Saya akui sentap apabila orang samakan jalan cerita dalam MV itu dengan kisah kami... try hard yang memualkan! Dia memang lapar populariti, buat apa sahaja kerana nak capai impian untuk popular.

"Saya tak sanggup nak tengok MV itu sampai habis... dia jaja kisah peribadi, semuanya penuh temberang dan pembohongan demi nak meraih populariti dan simpati orang ramai," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain