BELUM dilancarkan secara rasmi, promosi awal sebuah jenama tudung terkenal menampilkan aktres Nora Danish dipersoalkan segelintir netizen yang menganggap aktres itu tidak sesuai membawa imej sebegitu. Ia gara-gara pemilihan Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif yang sering berimej seksi sehingga menampakkan susuk tubuh dan tidak bertudung. ARTIKEL BERKAITAN: Rebut pahala Ramadan, Nora Danish niat khatam Al-Quran sekali lagi... kali ini mahu panggil ustazah pantau bacaan Sudah terbiasa dengan kecaman, pelakon berusia 39 tahun ini bagaimanapun melihat ia secara positif dan berharap satu hari nanti akan terbuka hati untuk bertudung. "Menjayakan kempen tudung itu atau sebaliknya, saya percaya itu rezeki. Saya percaya buat sesuatu yang baik termasuk menjayakan jenama yang memerlukan pemakaian tudung ini tidak pernah ada salahnya. Nora sering dikaitkan dengan imej seksi. "Mungkin suatu hari nanti, siapa tahu akan dibukakan hati saya ke arah itu (bertudung). Semua ini sama seperti kita mendoakan sesuatu yang diharapkan. "Ini juga bukan kali pertama saya ditawarkan tugasan mempromosikan jenama tudung. Jadi saya sudah terbiasa dengan situasi sebegitu. "Kecaman demi kecaman itu lumrah kehidupan manusia. Ia boleh terjadi bukan saja kepada artis tetapi semua golongan termasuk pendakwah dan ahli politik," katanya.Nora dipilih sebagai model untuk mempromosikan tudung jenama MINAZ bagi kempen terbaharu mereka. Sebelum ini, Nora kerap dikecam netizen gara-gara berpakaian seksi ketika sedang bercuti dan memuat naik foto menampakkan susuk badan di laman sosial. Yang penting, saya hanya ingin menjadi diri sendiri. NORA DANISH PELAKON Menganggap seksi itu subjektif, Nora tetap mengucapkan terima kasih kepada netizen yang sentiasa memberi komen membina kepadannya. Ayu Nora Danish bertudung. "Bagi saya seksi atau sebaliknya, ia terletak atau bergantung kepada mata yang memandangnya. Kalau baik yang dilihatnya, maka baiklah jadinya. "Kalau gatal pandangannya, maka gatallah. Yang penting, saya hanya ingin menjadi diri sendiri. Tetapi, saya nak ucap terima kasih kepada netizen yang memberi komen membina. "Saya sayang anda semua. Insya-Allah, doa baik-baik. Bagi kelompok netizen yang tahu dan asyik nak kecam saja, hentikanlah. Perbuatan buli siber tidak baik sebenarnya," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!