suria

Aaron Aziz terkejut jadi punca pasangan bercerai, sedih guna alasan ‘terlalu minat’ - “Harap dapatlah rujuk demi anak-anak dan amanah”

Gara-gara tajuk artikel, Aaron disangkakan sudah bercerai dengan isterinya.

SEDIH... itu yang dirasakan pelakon Datuk Aaron Aziz apabila membaca laporan akhbar mengenai dirinya menjadi salah satu punca perceraian pasangan suami isteri.

Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 45, mendoakan pasangan suami isteri yang berpisah disebabkan dirinya kembali rujuk semula demi anak-anak mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Aaron Aziz tak sangka dapat ubah nasib diri, pernah lalui zaman remaja yang gelap

"Ya Allah... saya baca ini, saya berasa sedih... saya sama juga dengan suami lain inginkan rumah tangga yang bahagia.

Aaron 1

Aaron turut berkongsi paparan skrin artikel tersebut.

"Abang harap dapatlah rujuk demi anak-anak dan amanah. #Jangankecamabang #Abangtakbersalah #Perkarayangabangtidakinginberlaku," tulis Aaron di Instagram.

Terdahulu, sebuah artikel melaporkan beberapa faktor menjadi alasan perceraian pasangan suami isteri antaranya permainan dalam talian PUBG, produk bekas makanan dan Aaron Aziz.

"PUBG, Tupperware, Aaron Aziz, antara alasan cerai," tulis tajuk di artikel tersebut yang disiarkan pada Jumaat.

Menerusi artikel tersebut, isteri terlalu meminati Aaron Aziz menjadi salah satu punca kes perceraian pasangan Islam di Malaysia.

Aaron 2

Aaron bersama isteri dan anak-anak.

Sementara itu, rata-rata netizen di ruang komen perkongsian itu pada awalnya salah faham dengan tajuk tersebut dengan menyangkakan aktor berkenaan bercerai.

"Terkejut baca, mula ingat Aaron Aziz bercerai sebab PUBG dan tupperware. Maaf bro, minta simpang. Saya doakan awak serta isteri panjang jodoh hingga ke jannah.

"Terkejut, tadi ingatkan Aaron yang cerai... baca dua tiga kali baru faham," antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain