suria

[VIDEO] Nynaa Harizal kongsi video main basikal dengan mata sembap, netizen syak isu rumah tangga belum selesai

Video Nynaa bersama adik lelakinya (kiri) selepas tiga hari suaminya (kanan) membuat laporan polis.

LIMA hari mendiamkan diri selepas didakwa diculik bapa sendiri di set penggambaran, pelakon Nynaa Harizal muncul di media sosial pada malam Jumaat.

Seakan tiada apa yang berlaku, Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal memuat naik video sedang bermain basikal bersama adik lelakinya di kawasan rumah mereka, di percayai di Johor Bahru, Johor.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Pelakon ‘Kekasih Paksa Rela’ dilarikan ibu bapa semasa penggambaran drama, suami repot polis

"Jalan la pula... penat berbasikal," tulis Nynaa secara ringkas di kapsyen perkongsian tersebut.

Menerusi laporan mStar pada Rabu, suami kepada pelakon Nynaa Harizal iaitu Mohamed Fahmi Ilyas mendedahkan isterinya diculik oleh ibu bapa mentuanya pada Isnin, 1 November lalu.

Berharap masalah yang timbul dengan mentuanya dapat diselesaikan dengan baik, Mohamed Fahmi berkata dia sendiri tidak mengetahui punca isterinya dilarikan dari lokasi penggambaran sebuah drama di Shah Alam.

Susulan itu Mohamed Fahmi yang merupakan seorang ahli perniagaan membuat laporan tentang kehilangan isterinya yang juga pelakon drama Kekasih Paksa Rela dan Chandelier itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada Selasa.

Jalan la pula... penat berbasikal.

NYNAA HARIZAL

PELAKON

Dalam pada itu, rata-rata netizen menerusi ruangan kapsyen bertanyakan tentang status isu berkenaan dan keadaan terkini Nynaa yang juga finalis Dewi Remaja 2019/2020.

Malah, segelintir netizen juga membuat spekulasi bahawa Nynaa masih berdepan dengan masalah keluarga disebabkan keadaan matanya yang kelihatan sembap.

"Sudah selesai masalah keluarga awak?

"Nampak bengkak bahagian mata. Jelas masalah keluarga belum selesai.

Nynaa 1

Nyna dan suami bernikah pada Ogos lalu.

"Awak ok? Lihat mata awak," komen beberapa netizen di ruang perkongsian video tersebut.

Sehingga kini mStar masih berusaha untuk mendapatkan kenyataan daripada Nynaa dan suaminya berkaitan perkembangan kes berkenaan.

Untuk rekod, pelakon berusia 25 tahun itu mendirikan rumah tangga dengan Mohamed Fahmi, 29, pada 28 Ogos lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain