suria

Geram isu harga ikan siakap tak masuk akal, Vida mahu belanja mangsa teraniaya - “Jangan buat orang tak boleh makan siakap!”

Vida nyatakan hasrat mahu belanja wanita didakwa jadi mangsa penganiayaan restoran.

TOPIK mengenai hidangan ikan siakap yang dijual mahal di sebuah restoran di Pulau Langkawi, Kedah kerana harga mencecah lebih RM1,000 menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.

Bukan sahaja menarik perhatian pengguna media sosial, malah golongan selebriti turut terpanggil untuk berkongsi pandangan mengenai isu ini termasuklah usahawan kosmetik Datuk Seri Vida.

Simpati dengan nasib seorang wanita yang mendakwa tertipu, Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 50, menyatakan hasrat membayar semula harga hidangan ikan siakap kepada mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Insiden ikan siakap mahal di Langkawi... kali ini wanita pula luah rasa berang selepas dicaj RM1,738.70

ARTIKEL BERKAITAN: Letak ‘jawatan’ sebagai penyanyi, Vida hantar Cik B balas lagu Iqbal - “Luar biasa... tentang DSV yang gersang!”

"Saya ada baca kisah ikan siakap viral, saya rasa terpanggil untuk saya belanja atau bayar balik harga ikan siakap yang telah dibayar oleh keluarga tersebut.

"Saya terpanggil sebab saya memang suka ikan siakap... saya sensitif isu ikan siakap, saya hantu siakap. Saya bukan nak cari viral tapi sebab saya memang di Langkawi jadi biarlah saya belanja.

vida 2

Isu hidangan ikan siakap mahal jadi topik perbualan hangat netizen, baru-baru ini.

"Saya tak boleh dengar fasal ikan siakap, jangan buat lepas ini orang tak boleh makan ikan siakap! Saya tak nak ada orang teraniaya," katanya.

Vida memaklumkan mengenai niatnya itu semasa siaran langsung di Instagram bersama seorang wanita yang mendakwa dirinya mangsa penipuan sebuah restoran di pulau peranginan itu.

Saya tak boleh dengar fasal ikan siakap, jangan buat lepas ini orang tak boleh makan ikan siakap!

DATUK SERI VIDA

USAHAWAN KOSMETIK

Wanita dikenali sebagai Niena meluahkan rasa berang apabila mengetahui bil hidangan mencecah RM 1,738.70 semasa dia dan keluarga makan di sebuah restoran terapung pada 3 November lalu.

Mengucapkan terima kasih atas tawaran itu, Niena bagaimanapun menolak dan memberitahu niatnya berkongsi mengenai hal ini kerana enggan situasi sama berlaku kepada individu lain.

vida 3

Vida bersama dua anaknya, Cik B (kanan) dan Kacak (kiri) sedang bercuti di Langkawi.

"Bukan kami nak sombong untuk tak menerima pelawaan Datuk tetapi Alhamdulillah rezeki kami masih ada... kami cuma kecewa dengan etika peniaga tersebut kerana tidak telus.

"Saya dan rakan-rakan lain sudah sepakat, jika Datuk masih nak berikan wang tersebut, sebaik-baiknya salurkan kepada individu lain atau bantu peniaga-peniaga kecil di Langkawi.

"Kepada peniaga, berniagalah dengan telus kerana Allah SWT. Janganlah aniaya pelanggan. Kes ini kami ketengahkan supaya tiada lagi yang akan dianiaya oleh peniaga tersebut. Kami tiada niat pun nak viralkan hal ini," katanya.

Pada 4 November lalu, mStar melaporkan keluahan seorang pengguna Facebook dikenali Muhammad Faris Zulkarnain yang terkejut apabila dicaj sehingga RM1196.80 untuk sajian seekor ikan siakap.

Isu ini menjadi lebih hangat apabila Niena pula tampil mengakui menjadi mangsa penganiayaan yang sama apabila bil hidangan di sebuah kedai lain di pulau itu turut mencecah RM 1738.70.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain