TIADA angin tiada ribut tiba-tiba nama penyanyi rap, Bunga Isme dikaitan menjadi punca putusnya hubungan pasangan selebriti, Ismail Izzani dan Shalma Eliana. Menafikan dakwaan tersebut, Bunga atau nama sebenar Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 21, mengakui terkilan apabila namanya disebut oleh netizen hingga terpalit fitnah itu. "Saya pun tak tahu Ismail dan Shalma dah putus, saya tahu tentang hal itu selepas kawan menghantar satu status di Twitter. ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun simpan duit, Bunga Isme syukur dapat beli rumah pada usia 21 tahun - “Hadiah untuk ibu... dulu kami hidup berpindah-randah” ARTIKEL BERKAITAN: “Hubungan kami makin serasi, tak ada apa nak sorok!” - Seronok bercinta, Bunga janji jaga batas dengan kekasih "Terkejut apabila tiba-tiba nama saya dikaitkan oleh netizen sedangkan saya pun dah ada kekasih. Sejujurnya saya sedih bila ramai yang mesej beritahu tentang gosip itu. "Saya cuba jaga imej saya dengan baik. Saya pun sendiri tak ada kongsi hal berkaitan hubungan dengan kekasih di media sosial... saya menangis tertanya-tanya kenapa orang tuduh saya macam tu?" katanya kepada mStar. Bunga sedih terpaksa tanggung fitnah tak berasas. Sebelum itu, tular di Twitter ciapan seorang netizen yang mendakwa Ismail pernah berlaku curang tidak lama dahulu. Meskipun tidak menyatakan nama, namun berdasarkan status ditulis seolah-olah merujuk kepada kisah putus cinta Ismail dan Shalma. Jadi janganlah sebarkan fitnah tak berasas ini... tak rasa bersalah ke kongsi benda yang tak betul? BUNGA ISME PENYANYI "Bagus la pun break (putus cinta), kan awak (merujuk Ismail) curang di Starbucks Great Eastern Mall berpeluk dengan ‘minah’ tudung kesukaan ramai itu," tulis netizen berkenaan. Gara-gara ciapan itu, ada pula yang mengaitkan penyanyi lagu Intan Payung ini sebagai wanita bertudung yang dinyatakan individu berkenaan. Bunga bersama kekasihnya yang juga penyanyi Amzar Sabri daripada kumpulan Razqa. "Ya saya faham mungkin individu yang memulakan tweet itu tidak bermaksudkan saya tetapi status itu telah menyebabkan orang lain pula tuduh saya. "Saya tak mahu gosip seperti ini mengganggu kerjaya dan nama saya. Saya tak nak benda macam ini menyebabkan orang berfikir yang tak baik. Saya takut kalau ada yang menerima gosip ini bulat-bulat dan percaya. "Jadi janganlah sebarkan fitnah tak berasas ini... tak rasa bersalah ke kongsi benda yang tak betul? Saya anggap ini ujian daripada Allah dan berharap akan ada yang baik pada masa datang," ujarnya. Pada 31 Oktober lalu, Ismail Izzani mendedahkan hubungan cintanya dengan kekasih hati yang juga penyanyi, Shalma Eliana kini sudah berakhir. Ismail berkata dia dan Eliana sudah membawa haluan masing-masing dan kini mahu memberi fokus kepada kerjaya seni. Penyanyi lagu Luar Biasa ini juga memberitahu dia dan Eliana bersepakat untuk membuang cincin berlian yang pernah diberikan ke dalam sungai. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!