TAWARAN mengacara program realiti nyanyian Suara Viral 2.0 merupakan satu peluang yang tidak mungkin disia-siakan oleh pelawak Danial Zaini. Menyedari pasti akan ada penonton membanding-bandingkan cara pengacaraan dengan pengacara terdahulu iaitu Datuk AC Mizal, Danial, 28, berkata dia terbuka menerima sebarang kritikan. "Saya sedar mungkin akan ada penonton akan membandingkan saya dengan pengacara sebelum ini... tidak mengapa, saya dah bersedia menerima semua komen daripada penonton. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Suara Viral 2.0’ tukar format untuk kekal relevan... tidak hanya beri peluang kepada individu berkerjaya ARTIKEL BERKAITAN: Kemenangan MLS2 ubati Danial Zaini, akui pernah tawar hati dengan dunia komedi "Saya hanya nak berikan sesuatu variasi baharu kepada program itu. Kita tak mampu beri semuanya sempurna, kita tetap belajar daripada kesilapan sebab yang best pun bermula dari bawah. "Bagi saya ini adalah tempoh pembelajaran untuk saya jadi lebih baik, terima kasih Astro kerana bagi peluang... dah enam tahun dalam industri asyik jadi peserta, sekarang jadi juga host," katanya kepada mStar. Danial mahu lebarkan bakat dalam bidang pengacaraan. Danial ditemui semasa sidang media program realiti nyanyian Suara Viral 2.0 yang diadakan secara maya, baru-baru ini. Dalam Suara Viral 2.0, Danial bergandingan bersama penyanyi Naim Daniel selaku hos utama. Apa malang pun tak tahulah hari itu, episod pertama dah jadi episod berdarah! DANIAL ZAINI PELAWAK Berkongsi pengalaman menjalani rakaman program tersebut, penyampai radio Era ini memberitahu dia berdepan detik mencemaskan ketika sesi rakaman minggu pertama. Cerita Danial, kakinya cedera dan berdarah sehingga memaksa rakaman dihentikan hampir setengah jam sebelum disambung semula. Danial dan Naim Daniel (kiri) galas tanggungjawab sebagai host. "Kalau nak tahu benda tak boleh dilupakan semasa rakaman minggu pertama ada satu insiden berlaku... kami hos kena menari intro lagu TikTok, semasa itu saya pakai kasut loafer terlupa tu kasut baru, bila saya pusing kaki, tumit belakang kasut tersiat dan mengenai kulit sampai berdarah. "Kami terpaksa break untuk saya tampal plaster pada luka dan tukar kasut... apa malang pun tak tahulah hari itu, episod pertama dah jadi episod berdarah. Itu memang pengalaman saya tak boleh lupa," katanya. Konsert mingguan Suara Viral 2.0 pula bakal ditayangkan pada setiap hari Rabu, pukul 9 malam mulai 17 November selama 10 minggu. Program ini bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Prima (105) serta boleh distrim menerusi Astro Go dan On Demand. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!