suria

Ayu Damit tak setuju anak-anak disuntik vaksin, bimbang tak mampu tahan kesan sampingan - “Orang dewasa pun demam teruk”

Ayu dan suami tidak bersetuju anak-anak menerima suntikan vaksin untuk Covid-19.

SAMA seperti pasangan selebriti Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia, penyanyi Ayu Damit serta suaminya turut tidak bersetuju jika anak-anaknya diberikan suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech.

Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit berkata suaminya berasa bimbang anak-anak mereka tidak mempunyai antibodi yang kuat untuk menahan kesan selepas suntikan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizz Fairuz, Almy Nadia sepakat tak setuju vaksin anak-anak bawah 12 tahun - “Jangan memaksa, orang dewasa pun tak tahan”

"Kalau ikut suami saya, dia memang tak nak anak-anak kami disuntik dengan vaksin. Bagi dia, orang dewasa ambil vaksin tak apa sebab ketahanan badan kita lain.

Ayu 2

Ayu bersama suaminya.

"Lagipun kanak-kanak ini kita tak tahu ketahanan badan mereka untuk menerima vaksin ini macam mana. Kesan vaksin pada orang dewasa pun agak kuat sampai demam teruk.

"Macam anak sulung kami, antibodi dia memang agak lemah sikit. Kami paling takut kalau dia sakit," kata Ayu kepada mStar.

Penyanyi berusia 32 tahun itu ditemui ketika pelancaran The Royal Wedding Wilqadry & DGS Production di Wilqadry Courtyard Hall, IOI Resort Putrajaya.

Sebelum ini, keputusan kerajaan ingin mendapatkan vaksin jenis Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak dibawah usia 12 tahun menimbulkan kebimbangan aktor Fizz Fairuz.

Ibu bapa nak atau tak nak... memang anak kena ambil juga vaksin.

AYU DAMIT

PENYANYI

Tidak bersetuju dengan perkara tersebut, Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin berpendapat belum tiba masanya untuk memberikan vaksin untuk kanak-kanak.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Permata memberitahu sekolah anak sulungnya yang kini berusia 12 tahun terpaksa mengambil vaksin sebagai syarat untuk ke sekolah.

Bimbang anaknya tidak dapat memulakan sesi persekolahan, Ayu berkata, dia dan suami terpaksa akur dengan keputusan yang ditetapkan itu.

"Anak saya yang sulung masuk sekolah cina dan di sekolah itu memang wajib kena ambil suntikan vaksin. Malah pihak sekolah juga yang mendaftar murid untuk vaksinasi.

Ayu 1

Ayu akur dengan keputusan sekolah yang mewajibkan murid mendapatkan vaksin.

"Ibu bapa nak atau tak nak... memang anak kena ambil juga vaksin. Walaupun masih diberi pilihan tapi pihak sekolah memang nak semua murid ambil vaksin.

"Jadi, saya dan suami terpaksa la ikut apa yang sekolah dah tetapkan. Sebab takut juga nanti anak saya tak dibenarkan pergi sekolah, satu msalah pula," ujarnya.

Ayu mendirikan rumah tangga dengan Syed Fauzi pada 2009 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syed Nasrul Haikal, 12, Sharifah Alya Aryana, 9 dan Syed Aqif Najmi yang berusia setahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain