KESAL kekasih hati dituduh menjadi punca hubungan Ismail Izzani dengan Shalma Eliana berakhir, teman lelaki kepada Bunga Isme iaitu Amzar Razqa tampil menafikan sekeras-kerasnya perkara berkenaan. Tegas Amzar yang juga seorang penyanyi, semua berita yang mendakwa Bunga dituduh menjadi orang ketiga dalam hubungan pasangan selebriti itu tidak benar sama sekali berikutan dia juga berada di tempat kejadian. ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Isme menangis dituduh punca Ismail Izzani, Shalma Eliana putus, bimbang peminat percaya fitnah bulat-bulat "Ismail dan Shalma Aina dah putus... jangan campur aduk urusan mereka dengan Bunga. Semua yang disebarkan itu sangat tak betul. "Kejadian yang orang nampak itu, memang Bunga ada di situ tapi saya juga berada bersamanya ketika itu," ujarnya. Amzar harap netizen berhenti sebar fitnah terhadap Bunga. Sebelum itu, tular di Twitter ciapan seorang netizen yang mendakwa Ismail pernah berlaku curang dengan seorang wanita bertudung di sebuah pusat membeli-belah baru-baru ini. Meskipun tidak menyatakan nama, namun berdasarkan status ditulis ia seolah-olah merujuk kepada penyanyi lagu Intan Payung itu. Menerusi laporan mStar pada Isnin, Bunga atau nama sebenar Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 21, mengakui terkilan apabila namanya disebut oleh netizen hingga terpalit fitnah itu. Ismail dan Shalma Aina dah putus... jangan campur aduk urusan mereka dengan Bunga. AMZAR RAZQA PENYANYI Dalam pada itu, Amzar yang juga ahli kumpulan Viral menegaskan kekasihnya itu tidak mempunyai kaitan dengan hubungan Ismail dan Shalma. Dia juga meminta netizen berhenti menyebarkan berita palsu dengan mengaitkan nama orang lain yang tidak bersalah. "Nak beritahu korang... kepada netizen dekat sana, tolonglah jangan buat berita yang palsu mengenai Ismail Izzani dan Shalma Eliana. Amzar pertahankan kekasihnya, Bunga Isme. "Janganlah menyibuk... yang tak tahu cerita, jangan buat-buat cerita. Tak fasal-fasal Bunga Isme yang kena. Saya tak marah tapi benda ini perkara kecil. "Saya harap kepada sesiapa yang viralkan benda yang tak elok itu, tolonglah padam dan fikir baik-baik. Kita ini tak lama hidup. "Kalau korang tak sempat minta maaf nanti, jawablah dekat padang marsyar. Saya harap korang lupakan sebelum benda ini jadi complicated," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!