suria

Pelakon wanita Kampong Pisang Bersiri-siri jadi mangsa suami panas baran, anak turut dilempang

Pelakon wanita berkenaan merupakan salah seorang pelakon drama Kampong Pisang Bersiri-siri.

PERGADUHAN antara pelakon wanita dengan suaminya yang juga seorang pemuzik akhirnya membawa kepada siasatan polis berhubung dakwaan kes memukul anak.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata pihaknya menerima laporan polis berhubung kes berkenaan pada Ahad lalu.

Pengadu merupakan salah seorang pelakon drama Kampong Pisang Bersiri-siri arahan Allahyarham Mamat Khalid.

ARTIKEL BARKAITAN: Mamat Khalid meninggal dunia, rebah di restoran miliknya

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Mamat Khalid pikul amanat arwah sambung projek filem tak selesai - “Sudah tentu ada beza hasil tangan saya dengan papa”

"Kejadian berlaku pada awal pagi 31 Oktober lalu. Semasa kejadian, suami pengadu dipercayai berada dengan pengaruh alkohol dan telah menampar muka anak mereka ketika cuba membantu pengadu yang dikasari.

"Menurut pengadu suaminya juga seorang yang panas baran.

mstar_detektif_lingam_211103_ONLINE.00_05_50_08.Still001

Superintendan Ashari Abu Samah berkata suspek dijangka akan dituduh di mahkamah pada Jumaat ini.

"Anaknya yang meminta pengadu iaitu ibunya keluar dari rumah dan tidak mahu tinggal bersama suspek kerana takut dan trauma," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Berdasarkan siasatan awal mangsa yang berusia sembilan tahun mengalami kecederaan di pipi dan telinga akibat dilempang.

Suspek yang berusia 35 tahun itu ditahan reman selama tiga hari bermula Rabu sehingga Jumaat.

Suami pengadu dipercayai berada dengan pengaruh alkohol dan telah menampar muka anak mereka

SUPERINTENDAN ASHARI ABU SAMAH

KETUA POLIS DAERAH WANGSA MAJU

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/ 18A Akta Keganasan Rumah Tangga yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun dan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tambah Ashari, pihaknya difahamkan kejadian ini bukan kali pertama berlaku terhadap pelakon berkenaan.

"Pengadu pernah dipukul sebelum ini oleh suaminya namun tidak mahu mengambil tindakan kerana fikirkan nasib anak mereka," katanya.

Pelakon berusia 41 tahun berkenaan mendirikan rumah tangga dengan suspek pada 2011 dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Bagaimanapun pelakon berkenaan ketika dihubungi enggan memberikan sebarang komen kerana kes masih dalam siasatan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain