PASRAH... Demikian hakikat yang perlu dilalui pengarah Datuk Rafiena yang mendedahkan dia terpaksa menanggung kerugian besar gara-gara terpaksa mengugurkan nama penyanyi Zizi Kirana daripada produksi drama Jamu Nesan yang hanya berbaki 30 peratus sahaja lagi. Menurut Rafiena atau nama sebenarnya Rafiena Ezanee Ramli, 39, dia menghormati keputusan Zizi yang sudah berhijab dan tidak dapat meneruskan penggambaran seperti dijadualkan atas sebab-sebab tertentu. Justera itu Rafiena berkata, dia terpaksa mengambil jalan terbaik dengan menggantikan penyanyi lagu EH itu dengan Didi Astillah yang dirasakan paling sesuai dan hampir sama dengan penyanyi berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana jawab dakwaan langgar kontrak, tanya pendapat ahli agama hukum pakai rambut palsu -“Mufti kata haram walaupun atas urusan kerja” ARTIKEL BERKIATAN: Tahun ketiga berhijab, Zizi Kirana teruskan amalan tutup aurat sepanjang Ramadan - “Doakan... mana tahu saya akan terus bertudung selepas ini” "Nak tak nak saya terpaksa akur dan hormat dengan keputusan dia memakai hijab dan disebabkan itu saya terpaksa buat keputusan drastik dengan mengugurkan nama dia daripada drama. "Sudah tentu perkara ini menganggu sedikit jadual penggambaran terutama artis-artis lain yang beri komitmen daripada awal. Saya terpaksa buat keputusan drastik, keputusan gila dengan menggantikan dia kepada panyanyi Didi Astillah," katanya kepada mStar. Rafiena (kanan) menggantikan watak Zizi dengan Didi Astillah (kiri). Berkongsi perkara itu dengan lebih lanjut Rafiena berkata, pada awalnya pihak dia dan Zizi sudah bersetuju untuk menyesuaikan imej tudung dengan watak yang perlu dibawanya dalam drama tersebut. Namun tidak lama selepas itu dakwa Rafiena, Zizi kemudiannya menukar fikiran dan memberikan pelbagai alasan yang akhirnya menjejaskan proses penggambaran. "Kita faham dia nak bertudung tapi daripada segi kerja dan kontrak, dia sepatutnya perlu habiskan. Awalnya saya minta dia pakai rambut palsu tapi kemudian dia kata hukumnya adalah haram dan sudah pasti saya juga faham. "Jadi dia kata nak pakai tudung dan saya setuju, walaupun tak tahu nak gambarkan seorang ketua mafia (watak Zizi) bertudung. Saya layankan sebab nak habiskan je... saya fikir artis lain kena tunggu. Saya tak marah dengan dia, saya hanya terkilan sebab saya buat watak ini khas untuk dia. DATUK RAFIENA EZANEE RAMLI PENGARAH "Apabila kita dah setuju dan cuba sesuaikan dengan imej bertudunng... dia minta tukar tarikh shooting kepada 19 November pula sedangkan drama ini patut ditayangkan pada 12 November. Jadi sebab tu saya tukar dia dengan Didi Astillah, saya tak boleh nak layan karenah dia lagi," ujarnya. Biarpun berasa sedikit terkilan namun Rafiena berkata, dia pasrah dengan apa yang berlaku dan enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyanyi berkenaan. Antara barisan pelakon yang membintangi drama Jamu Nesan. "Zizi ni tak ada masalah dengan saya. Dia bagus, attitude dia baik. Saya hormat keputusan dia dan saya tak nak besarkan isu ini dengan ambil tindakan. "Saya tak nak orang ingat saya kejam sangat sebab tak benarkan orang nak berubah bertudung yang akhirnya orang akan kecam saya. Nanti orang bagi bad expression kepada saya. Jadi saya reda saja. "Saya tak marah dia, saya hanya terkilan sebab saya buat watak ini khas untuk dia. Saya ajar dan lead dia untuk berlakon daripada awal tahun lalu. Itu yang saya rasa kecewa sebab dia macam tak hargai usaha saya. "Dia dah ambil bayaran 50 peratus tapi saya tak minta dia refund atau minta ganti rugi sebab apabila saya fikir balik, mesti ada rezeki saya akan datang," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!