suria

Sajat dakwa dicabul pegawai penguat kuasa ketika ditangkap Januari lalu, Jais minta kemuka bukti

Sajat perlu kemuka bukti jika dia dikasari atau diraba seperti didakwa menerusi temubual media antarabangsa baru-baru ini.

USAHAWAN kontroversi Nur Sajat yang diberi suaka di Australia mendakwa dicabul dan diperlakukan dengan kasar oleh pihak berkuasa agama ketika dipanggil untuk memberi keterangan pada Januari lalu.

Menurut Sajat atau nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, perbuatan itu disaksikan sendiri oleh ibunya sehingga bertindak menegur dan mempertikaikan perbuatan berkenaan.

"Mereka tidak melayan saya dengan belas kasihan atau kemanusiaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sajat muncul di 'IG Live' dakwa sudah berhijrah ke Australia

ARTIKEL BERKAITAN: Adik Sajat tiba-tiba ‘meletup’, Mustika luah perasaan terbeban masalah abang sendiri

"Mereka melihat tidak salah menyentuh bahagian sulit dan dada saya kerana menganggap saya lelaki," katanya.

Sajat berkongsi mengenai insiden memalukan itu semasa temubual bersama portal New York Times, sebuah organisasi berita yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

Kejadian itu berlaku ketika dia dipanggil ke jabatan agama bersama beberapa ahli keluarga serta rakan bagi membantu siasatan satu aduan awam membabitkan dirinya kerana berpakaian wanita.

sajat 2

Sajat buat pengakuan dikasari pegawai agama.

Semasa soal siasat itu, sekurang-kurangnya tiga lelaki mengasarinya termasuk meraba dadanya sebelum dia dimasukkan ke tempat tahanan lelaki semalaman.

Selepas kejadian itu, Sajat memberitahu dia membuat laporan polis dan seorang pegawai penguat kuasa telah dipanggil memberi keterangan.

Pada Februari lalu, Sajat berjaya meloloskan diri ke Thailand dan ditahan kerana kesalahan imigresen di negara berkenaan pada September lalu.

Bagaimanapun, pada Isnin lalu Sajat mendedahkan kini berada di Australia dan bakal menetap di sana selepas diberikan suaka oleh kerajaan negara berkenaan.

sajat 3

Jais minta Sajat kemuka bukti dan bukan sekadar cakap kosong.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) meminta Sajat tampil semula dengan bukti dan membuat laporan polis sekiranya benar dia mendakwa dicabul ketika sesi soal siasat awal tahun ini.

Menurut laporan Harian Metro, Pengarah Jais iaitu Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, Sajat perlu mengemukakan apa juga bukti dan keterangan, bukan sekadar hanya cakap kosong kerana itu akan memburukkan keadaan dan suatu tindakan yang berbaur fitnah.

Mohd Shahzihan juga mempersoalkan tindakan Sajat yang hanya membuat dakwaan sekarang sedangkan soal siasat berkenaan dijalankan awal tahun ini.

Katanya, tindakan dia seolah-olah memainkan emosi semua orang untuk terus meletakkan Jais dalam keadaan bersalah dengan dakwaan itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain