suria

“Pakai otak sikit, korang baik berhenti kerja!” - Joe Flizzow ‘sound’ artis dan hos, isu rogol bukan lawak

Joe Flizzow bengang dengan sikap selebriti yang tidak profesional.

SUSULAN video temubual aktor Fauzi Nawawi bercerita tentang lakonan aksi rogol, penyanyi rap terkenal Joe Flizzow meluahkan rasa marah dan menganggap perkara itu tidak sepatutnya disiarkan kepada umum.

Joe berkata, golongan selebriti sepatutnya menjadi contoh dan ikutan yang baik kepada masyarakat.

"Kepada artis-artis atau TV host kat luar sana yang ingat isu rogol dan sexual harassment ni kelakar korang baik berhenti kerja lah.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Netizen terkejut Fauzi Nawawi tergamak cerita babak panas malukan Raja Farah - “Maaf... salah saya bersembang tak control, terlepas cakap”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Joe Flizzow tak sensitif lirik lagu sebut kalimah Allah? - “Baca kandungan sepenuhnya sebelum buat andaian”

"Pakai otak sikit korang ni, role model tidak sepatutnya promote isu bodoh macam ni," katanya dalam perkongsian di Instastory.

Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 42, berkata isu tersebut tidak sepatutnya menjadi budaya dalam kalangan rakyat Malaysia.

240628111_840449869997984_1762615548656470123_n

Joe bengang dengan sikap selebriti yang tidak profesional.

Tambah penyanyi lagu Apa Khabar ini, golongan selebriti yang memain-mainkan isu tersebut dianggap tidak matang dan profesional.

"Saya malas nak expose kamu, tapi apa saya perlu katakan cukuplah... saya memang patut cakap fasal benda ni. Jadi saya nak cakap,"

Ini bukan budaya yang sepatutnya ada di Malaysia. Jangan rosak pemikiran

JOE FLIZZOW

PENYANYI RAP

"Ini bukan budaya yang sepatutnya ada di Malaysia. Jangan rosak pemikiran," ujarnya.

Sebelum ini, laman Twitter kecoh tentang kenyataan Fauzi Nawawi yang berkongsi mengenai wataknya dalam sebuah filem yang memerlukan dia merogol aktres Raja Farah.

Menerusi perbualan bersama hos iaitu Khir Rahman dan Shuk Sahar, Fauzi mengakui terpaksa mengawal nafsu ketika melihat Raja Farah.

Rata-rata netizen marah dan menganggap perkara itu sebagai membuka aib serta tidak sesuai untuk dikongsikan kepada umum.

Bagaimanapun, aktor tersebut telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Raja Farah dan suami serta keluarga yang terkesan dengan hal berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain