suria

[VIDEO] Siti Nordiana hilang followers Instagram, terlepas ‘job’ gara-gara difitnah lima sekawan

TINDAKAN lima individu yang sebelum ini sahabat baik mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Siti Nordiana didakwa menjejaskan reputasi penyanyi itu.

Menerusi prosiding yang berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu, Siti Nordiana, 37, memberitahu mahkamah pendapatannya terjejas susulan kehilangan tawaran berlakon dan nyanyian akibat fitnah berkenaan.

Bukan itu sahaja, Hakim Zulqarnain Hassan turut diberitahu bahawa penyanyi lagu Angkara ini kehilangan ramai pengikut di Instagram sepanjang kontroversi kes berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nordiana ingatkan jangan keluar kenyataan tidak berasas, ganggu prosiding kes saman fitnah - “Saya siap sedia jadi saksi plaintif pertama”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Hakim saran Siti Nordiana dan lima sekawan bincang cara baik, peguam defendan setuju - “Mereka pernah berkawan”

"Selain buat reviu berbayar, saya ada show menyanyi dan berlakon. Saya tak nafikan ada job yang dibatalkan berpunca daripada kes ini.

"Tapi saya tak tahu sangat (maklumat lengkap) sebab semua job yang saya terima diuruskan oleh pengurus saya.

WhatsApp Image 2021-10-20 at 3.29.11 PM

Siti Nordiana hadir diwakili diwakili peguam Abang Azlan Abang Ariffin dari Abang Azlan & Associates.

"Terdapat penurunan followers saya di Instagram disebabkan kes ini," katanya ketika memberikan keterangan dari kandang saksi.

Dalam pada itu, Siti Nordiana yang ditemui di luar mahkamah berkata pihaknya dan kelima-lima defendan gagal mencapai kata sepakat ketika sesi mediasi yang diadakan pada Selasa, 19 Oktober.

Bagaimanapun dia enggan berkongsi terma-terma dan butiran terperinci yang menjadi punca kegagalan mediasi tersebut.

"Kita dah berbincang tapi masing-masing tiada kata-kata persetujuan. Kita dah cuba yang terbaik tapi kalau kalau ini jalan penyelesaiannya (perbicaraan) jadi inilah yang terpaksa kami lakukan.

"Kita tak boleh kongsikan apa yang dibincangkan. Yang pastinya tiada jalan penyelesaian antara kami.

Kita dah berbincang macam masing-masing tiada kata-kata persetujuan.

SITI NORDIANA

PENYANYI

Siti Nordiana atau Nana menjadi saksi pertama plaintif dalam memberi keterangan pada perbicaraan kes saman fitnahnya terhadap lima individu termasuk dua rakan baiknya iaitu penyanyi Lan Solo, atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36, dan Syura Badron Zuraidah Badron, 35.

Selain individu itu, tiga lagi defenden yang turut diheret ke mahkamah kerana didakwa memfitnah secara 'IG Live' itu ialah isteri Lan, Nur Sheila Hassim, 36; Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music Sam Musyadzafar Samin, 43; serta jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Senusi, 42.

1242803

Sebelum ini hakim menyarankan plaitif dan defendan mencari jalan penyelesaian di luar mahkamah.

Kes mereka telah didengar kali pertama pada 15 Oktober di mahkamah yang sama secara dalam talian.

Lan Solo dan isterinya Sheila serta Syura diwakili peguam Muhammad Haz Hood dan Alan Razak.

Manakala Nurul Hadzah Hassan dan Zeti Zulkii mewakili Sam Samin dan Razidah Ahmad Senusi atau Aida G.

Sementara itu Siti Nodiana diwakili peguam Abang Azlan Abang Ariffin dari Abang Azlan & Associates.

Perbicaraan yang berlangsung selama kira-kira lima jam itu ditangguhkan sehingga 19 November depan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain