suria

Dira Abu Zahar ikut jejak langkah bapa bertanding PRN Melaka, rayu diberi peluang jadi wakil rakyat

Dira rayu pengundi DUN Rim beri kepercayaan kepada menjadi wakil rakyat.

MAHU kembali berbakti kepada masyarakat, pelakon dan pengacara Datuk Dira Abu Zahar menyahut cabaran bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal berlangsung pada 20 November depan.

Menurut Dira atau nama sebenar Khaidiriah Abu Zahar, 36, dia mahu mengikut jejak langkah bapanya yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin.

"Saya gagahkan diri mengambil tanggungjawab ini demi mengikut jejak langkah arwah ayahanda saya untuk menabur bakti dan menyumbang khidmat kepada rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN: Dira Abu Zahar bukan suka-suka terima gelaran Datuk, pikul amanah besar - “Lama fikir nak up ke tak sebab takut netizen kecam”

ARTIKEL BERKAITAN: Ayah idola Dira, masih ingat pengalaman berkempen

"Banyak yang telah dilakukan oleh pemimpin BN terdahulu dan menjadikan Melaka sebuah negeri maju.

"Saya percaya legasi kecemerlangan pentadbiran ini perlu diteruskan semula. Bukan untuk yang lain, tetapi untuk kita semua," katanya menerusi laman Instagram pada pagi Selasa.

dira 2

Dira ketika hadir ke pusat penamaan calon pada pagi Isnin.

Dira bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim yang terletak dalam Parlimen Jasin.

Dira berdepan dua calon lain iaitu B. Prasant Kumar mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Azalina Abdul Rahman mewakili Perikatan Nasional (PN).

Dengan lafaz Bismillah saya memohon agar pengundi memberikan kepercayaan dan mandat kepada saya untuk mewakili anda semua!

DIRA ABU ZAHAR

CALON PRN MELAKA

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO ini memohon masyarakat dan penduduk DUN berkenaan memberinya peluang berbakti dan menjalankan tugas sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan.

"Saya rasa rendah diri menawarkan diri bertanding sebagai calon Barisan Nasional bagi N.25 DUN Rim, calon nombor tiga.

dira 3

Dira mahu ikut jejak langkah bapanya.

"Sesungguhnya DUN Rim, Jasin ini begitu dekat di hati saya dan kampung saya membesar di sini.

"Dengan lafaz Bismillah saya memohon agar pengundi memberikan kepercayaan dan mandat kepada saya untuk mewakili anda semua," ujarnya.

PRN Melaka menyaksikan persaingan sengit apabila 112 calon disahkan akan bertanding untuk merebut 28 kerusi DUN.

PRN Melaka diadakan pada 20 November ini ekoran pembubaran DUN Melaka yang ke-14 pada 4 Oktober lalu seperti mana di bawah Fasal (2) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka ekoran empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan kepada kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md. Ali.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain