PERNAH dikaitkan bercinta dengan Erra Fazira, penyanyi Shahir Zawawi berkata tidak mengetahui kesahihan berita yang mendakwa aktres itu sudah berkahwin dengan ahli politik. Tiada perasaan kecewa atau terkejut, sebaliknya Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi tumpang gembira dan sentiasa mendoakan kebahagiaan Erra. ARTIKEL BERKAITAN: Erra Fazira ‘upload’ foto kayuh basikal, tak peduli gosip jadi isteri kedua ahli politik - “Apa tak habis-habis cerita fasal kahwin ni” "Saya tak pasti dan tak tahu kesahihan gosip itu tapi memang ada dengar-dengar juga. Sebenarnya saya sibuk dengan urusan kerja saya. Erra dan Shahir masih bersahabat baik. "Jadi saya pun tak pasti sebab kadang-kadang cerita yang keluar tu pun ada orang yang sampaikan kepada saya. Bagi saya, kalau dia kahwin, benda itu baik. "Bukannya kena tangkap... kalau benda baik, tak perlu terkejut. Yang penting doa yang baik-baik. Saya tidak berasa kecewa malah mendoakan kebahagian dia. "Kalau kita ikhlas berkawan dengan seseorang dan bila sesuatu perkara baik terjadi pada dia, sudah tentu kita patut gembira," katanya kepada mStar. Shahir berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran program realiti Hijrahkan Laguku terbitan TV Al - Hijrah yang diadakan di Oakwood Hotel & Resident, Kuala Lumpur pada Selasa. Sekarang saya masih belum ada kekasih... kalau boleh saya hanya nak fokus pada kerja sahaja SHAHIR ZAWAWI PENYANYI Sekitar awal Oktober lalu, timbul gosip mendakwa Erra sudah menjadi isteri kepada seorang ahli politik dari Perak. Kontroversi ini mula bertiup kencang apabila seorang pengguna Twitter memuat naik ciapan mendakwa Erra sudah menjadi isteri kedua ahli politik itu. Bagaimanapun Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 47, menerusi Instagram mengatakan dia enggan melayan gosip tersebut. Dalam pada itu, juara Akademi Fantasia 8 ini memberitahu buat masa sekarang dia tidak mahu memikirkan soal cinta dan hanya ingin fokus kepada kerjayanya sahaja. Shahir mahu fokus kepada kerjaya. "Sekarang saya masih belum ada kekasih... kalau boleh saya hanya nak fokus pada kerja sahaja. Janganlah kaitkan saya dengan sesiapa. "Saya ini masalah susah nak fokus dua tiga benda. Bila ada gangguan, fokus saya jadi lari. Saya tidak kata untuk sesiapa. "Tapi bukan juga bermaksud saya nak lari daripada masalah. Saya jenis tak suka nak memanjangkan lagi masalah," ujarnya. Menerusi laporan mStar pada 13 Julai 2019, Erra mendedahkan hubungan dia dengan Shahir Zawawi sudah berakhir sejak Januari namun mereka masih bersahabat baik. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!