suria

Biasa dapur berasap, kali ini pentas pula! Fazley Yaakob mahu tunai hasrat anak bongsu nak tengok bapa nyanyi ‘live’

Fazley bersedia dengan kecaman netizen di pentas GV8.

LAMA beraksi di dapur, cef selebriti Datuk Fazley Yaakob mengakui gementar untuk kembali beraksi semula di atas pentas sebagai seorang penyanyi.

Fazley, 43, yang diumum antara 13 bintang Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) berkata, disebalik rasa takut, dia juga teruja dapat bersaing dengan penyanyi-penyanyi yang berbakat besar dan berpengalaman.

"Perasaan saya bercampur baur teruja tapi gementar. Excited kerana dapat berkongsi pentas dengan orang yang hebat dan dapat memperjuangkan lagu yang akan saya tampilkan untuk mereka dengar.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob tunai hasrat ibu mengidam... hantar sendiri makanan depan pintu selepas dapat tahu ‘order’ tak sampai

ARTIKEL BERKAITAN: Cari jodoh untuk ibu, Fazley Yaakob terima 30 resume calon bapa tiri - “Nanti saya datang rumah interview”

"Perasaan gementar sebab ini adalah pentas yang berbeza sebab saya dah lama tidak berada di pentas nyanyian. Biasanya dapur yang berasap tapi kali ini asap atas stage pula," katanya kepada mStar.

Fazley ditemui ketika sidang media pelancaran Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang diadakan di VE Hotel, Kuala Lumpur, pada Rabu.

fazley1

Selain latihan vokal, Fazley juga mengamalkan latihan fizikal untuk stamina dirinya.

Sementara itu, Fazley yang pernah digelar Abang Asmara ini berkata, salah satu sebab dia menyertai pertandingan GV8 kerana ini hanya menunaikan hasrat anak bongsunya Alayna Selma, 4, ingin melihat dirinya menyanyi secara live di televisyen.

Anak saya yang kelima hanya tahu saya seorang penyanyi dengan tengok video-video lama, kali ini biar dia nampak secara live.

DATUK FAZLEY YAACOB

PENYANYI

"Walaupun ada yang kata lebih baik saya masak je tak payah masuk pertandingan. Anak saya yang kelima hanya tahu saya seorang penyanyi dengan tengok video-video lama, kali ini biar dia nampak secara live," ujarnya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Asmara Ini juga berkata, dia sudah bersiap sedia untuk meneirma kecaman daripada netizen sekiranya persembahan tidak memuaskan.

Dia juga sudah membuat persediaan secukupnya sejak enam bulan lalu termasuk mengikuti kelas vokal.

WhatsApp Image 2021-11-10 at 5.35.45 PM

Antara barisan peserta yang turut sama dalam Gegas Vaganza musim kelapan (GV8).

"Bagi saya kecaman sudah menjadi lumrah bagi selebriti, jadi saya sudah biasa... lagi pula masuk ke program sebegini sudah tentu kita membuka ruang untuk netizen menilai persembahan kita.

"Alhamdulillah selepas saya bersetuju untuk menyertai GV saya telah menghadiri kelas vokal dan hampir enam bulan bersama dua group yang berbeza.

"Dalam masa yang sama saya buat latihan stamina, joging 10 kilometer sehari," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain