suria

“Maaf tiada gimik untuk lagu baru” - Nabila Razali senyap-senyap keluar Putus, hadiah untuk peminat sempena hari lahir

Nabila tampil dengan lagu terbaharu berjudul Putus.

SETIAP kali tampil dengan lagu terbaharu pasti akan ada gimik yang dilakukan oleh penyanyi Nabila Razali namun berbeza dengan single baharunya berjudul Putus.

Nabila atau nama sebenanrya Nur Nabila Mohd Razali berkata dia hanya ingin memberikan karya yang tulus dari hati buat peminatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Peluang Kedua terjual RM400,000, Nabila Razali tak sabar keluar lagu baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali diuji lagi... hilang 400,000 ‘subscriber’ YouTube, peminat hairan MV lagu ‘Peluang Kedua’ tidak dijumpai

"Maaf, tiada gimik untuk lagu baharu kali ini. Yang ada hanyalah karya yang tulus dan jujur dari hati," tulis Nabila menerusi laman Instagram pada Jumaat.

Nabila 1

Nabila berkongsi perkara itu di Instagram.

Biarpun tiada gimik yang dilakukan untuk lagu tersebut namun Nabila dilihat memadam 1,000 foto dan hanya memuat naik kini foto berkaitan poster lagu berkenaan.

Nabila melancarkan lagu tersebut selepas mencatat kejayaan luar biasa menerusi lagu Peluang Kedua dengan 2x platinum tahun lalu.

Lebih menarik lagu berentak balada ini merupakan hasil karya pertama Nabila bersama seorang komposer Singapura, Erwin Purnama.

“Alhamdulillah selepas Peluang Kedua yang sudah lebih setahun saya kembali dengan lagu baharu hadiahkan buat peminat.

Saya bersyukur dapat berkerjasama dan tunjuk ajar oleh Erwin Purnama.

NABILA RAZALI

PENYANYI

"Putus merupakan karya kolaborasi pertama saya sepanjang lapan tahun dalam industri seni. Saya bersyukur dapat berkerjasama dan tunjuk ajar oleh Erwin Purnama.

"Saya berharap peminat dan pendengar muzik Malaysia dapat menerima Putus dan terus berikan sokongan," katanya kepada mStar pada Jumaat.

Lirik video rasmi Putus akan dilancarkan pukul 9 malam, Jumaat di YouTube Nabila Razali Entertainment sempena hari jadinya ke-29 pada Sabtu.

Nabila 2

Nabila lancarkan lagu baharu sempena ulang tahun kelahirannya.

Dalam pada itu, Nabila memberitahu single itu menjadi hadiah istimewa buat peminat yang tetap di sisi ketika jatuh dan bangunnya dalam kerjaya seni.

"Saya pilih tarikh pelancaran sempena hari jadi saya kerana mahu Putus menjadi kenangan manis buat saya. Ia juga hadiah kepada peminat-peminat yang tak henti-henti menyokong saya sama ada saya di atas atau di bawah," ujarnya.

Putus merupakan lagu kedua terbitan Nabila Razali Entertainment dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain