suria

Aliff Iskandar cari kekasih yang memahami, kerjaya artis buat wanita cepat cemburu

Aliff harap dapat teman wanita yang memahami dirinya dan kerjaya seni.

PERNAH kecewa hubungan cinta terputus di tengah jalan pada tahun lalu, penyanyi baharu Aliff Iskandar kini lebih memilih dalam soal mencari pasangan.

Aliff yang kini berusia 20 tahun berkata, dia mahu mencari teman wanita yang memahami bukan sahaja dirinya tetapi juga kerjaya seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum setahun jadi artis, Aliff Iskandar terkejut nama tercalon Top 5 ABPBH... macam tak percaya bersaing dengan Meerqeen

"Saya suka gadis yang boleh memahami saya luar dan dalam. Dari segi dalaman, dia memahami saya dengan apa yang dilakukan terutama soal kerjaya seni.

Saya suka gadis yang boleh memahami saya luar dan dalam.

ALIFF ISKANDAR

PENYANYI

"Sebagai manusia, kita mempunyai perasaan cemburu, apatah lagi, kerjaya seni banyak spekulasi atau pun perkara yang mendatangkan perasaan cemburu.

"Oleh itu, saya mahukan gadis yang benar-benar memahami kerjaya saya," kata Alif kepada mStar.

Penyanyi lagu Perit itu ditemui pada majlis Indigital Music Night di Restoran D'Empangan Udang Galah, Putrajaya, baru-baru ini.

Berkongsi mengenai kerjaya, Aliff mahu fokus kepada kerjaya sebagai penyanyi, penulis lagu dan dalam masa sama, masih bergelar penuntut di Institut Perguruan Ilmu Khas.

Aliff 2

Aliff mahu fokus kerjaya dan pelajaran.

"Belum cukup tempoh setahun saya berada dalam industri muzik, jadi banyak yang belum saya terokai dan sebab itu saya mahu fokus bina kerjaya.

"Tapi dalam masa yang sama juga, saya kena tumpukan perhatian kepada pelajaran sebab ada lagi berbaki setahun setengah.

"Jadi, saya mahu tolak perkara yang tidak penting untuk difikirkan," ujarnya.

Aliff yang juga artis di bawah naungan Indigital Music akan tampil dengan single terbaharu berjudul Takdir yang menjadi runut bunyi bagi drama Saat Ku Tak Takluk Cinta ini siaran TV3.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain