KURANG seminggu lagi penyanyi Haqiem Rusli akan menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hati yang identitinya masih menjadi tanda tanya. Haqiem mengejutkan para peminatnya yang menonton siaran langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-34 (ABPBH34) dengan berita gembira itu apabila mengumumkan bakal bernikah pada 19 November ini. ARTIKEL BERKAITAN: Umum bakal berkahwin, Haqiem Rusli gembira peminat bagi sokongan - “Perkara baik tak boleh disembunyikan” "Pada 19 November ini saya akan bernikah, minta doa yang baik-baik," katanya ringkas. Haqiem juga akan melancarkan sebuah lagu istimewa untuk isteri. Haqiem atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem Rusli, 23, sebelum itu diumumkan sebagai pemenang Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi ABPBH34. Dalam pada itu Haqiem berkata pada hari bahagiannya itu dia bakal melancarkan sebuah lagu istimewa sebagai kenang-kenangan. "Pada hari itu juga saya akan lancarkan satu lagu khas untuk kami nanti," katanya. Pada 30 Mei lalu Haqiem berkongsi hasratnya untuk berkahwin menerusi sesi Instagram live yang dibuat kira-kira pukul 2 pagi Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!