BUKAN biasa-biasa! Penyampai radio Suria FM DJ Lin merangkul gelaran Penyampai Radio Popular buat kali keempat di Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-34 (ABPBH34) yang berlangsung pada malam Sabtu. DJ Lin atau nama sebenar Roslinda Abdul Majid, 45, yang popular menerusi segmen Suria Cinta menewaskan empat pencabar terdekatnya iaitu Haziq, Sharifah Shahirah, Tyzo dan Jep Sepahtu. ARTIKEL BERKAITAN: DJ Lin kekal Penyampai Radio Popular ABPBH dua tahun berturut-turut - “Saya all out di semua platform media sosial” Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu dan anak-anaknya yang memahami tugasnya dalam bidang seni yang terpaksa mengorbankan banyak masa. DJ Lin popular menerusi segment Suria Cinta di Suria FM. “Alhamdulillah terima kasih Allah, terima kasih kepada ibu saya, tanpa doa mak saya tak ada kat sini, kepada anak kerana memahami kerjaya ibu dia, kepada kelab peminat Malaysia dan luar negara yang setiasa menolong saya dan sentiasa di sisi saya. “Pada saya paling penting seklai bagaimana kita membawa diri, peminat sekarang sangat bijak, kena ikhlas jalinkan silaturrahim. “Jangan sombong dengan peminat sentiasa hormat peminat. Tanpa peminat kita bukan siapa-siapa,” ujarnya. Ini merupakan kemenangan keempat DJ Lin bagi kategori sama selepas kejayaan dicapai pada ABPBH 2015 dan edisi ke-32 dan edisi ke-33 tahun lalu. ABPBH34 yang dihoskan Sherry Alhadad bersiaran secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada malam Sabtu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI