suria

Tahniah! Caprice kahwin senyap-senyap

Caprice selamat berkahwin dengan wanita pilihan hatinya.

TIADA angin tiada ribut tiba-tiba sahaja penyanyi rap Caprice selamat mendirikan rumah tangga pada Isnin.

Caprice dipercayai berkahwin dengan wanita dikenali sebagai Farra Inalis, 26, yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea .

Menerusi sekeping foto yang dikongsikan di Instastory seorang individu bernama Yasser Khan, Caprice atau Ariz Ramli, 33, serta pasangannya segak dan menawan mengenakan persalinan berwarna putih.

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice kesunyian... sambut ‘birthday’ seorang diri - “Saya tidak pernah rasa loneliness seperti ini”

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice teruskan misi seorang diri, belum sedia pulang ke Malaysia - “Ini perjalanan sukar dalam hidup saya”

Perkongsian berkenaan turut dikongsikan semula oleh penyanyi Azira Shafinaz.

Bagaimanapun pengurus Caprice yang dikenali sebagai Aiman ketika dihubungi mStar tidak dapat mengesahkan tentang berita berkenaan.

faraa

Perkongsian Farra Inalis di Instastory miliknya.

"Saya pun dapat info agak lambat, saya tak berani nak sahkan betul atau tidak.

"Tapi kalau dah ada orang kongsi gambar kahwin dia, maksudnya betul la tu," katanya kepada mStar.

Ditanya tentang identiti wanita yang dipercayai berstatus ibun tunggal itu, Aiman bagaimanapun enggan berkongsi nama mahupun maklumat terperinci.

Apa yang saya tahu Caprice berkenalan dengan perempuan dah hampir setahun.

AIMAN

PENGURUS CAPRICE

"Saya kenal pasangan Caprice tu, dia baik orangnya.

"Apa yang saya tahu Caprice berkenalan dengan wanita itu dah hampir setahun.

"Azira adalah kenalan rapat Caprice, maksudnya betul la (berkahwin) kalau dia repost," katanya.

Usaha mStar untuk mendapatkan komen Caprice masih belum berhasil apabila dia tidak menjawab mesej dan panggilan telefon.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain