suria

Cabaran berwajah ‘baby face’, penonton sukar terima Afieq Shazwan bawa watak suami orang

Afieq sedar masih ada penonton terbawa-bawa dengan karakter dilakonkan olehnya semasa kanak-kanak dahulu.

MEMULAKAN karier lakonan sejak berusia 11 tahun, penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan mengakui ada penonton belum ‘move on’ dan masih terbawa-bawa dengan karakter kanak-kanak yang dilakonkan sebelum ini.

Menurut Afieq, 24, masih ada segelintir belum dapat menerima hakikat dirinya kini sudah memasuki alam dewasa sehingga ada yang mengkritik lakonannya sebagai suami muda dalam drama Diari Seorang Suami yang sedang bersiaran di TV3.

"Ya saya sedar tentang benda itu, mungkin sebab masa saya kanak-kanak dan remaja saya terlalu aktif dengan lakonan di telefilem dan drama, sekarang bila dah dewasa orang masih menonton lakonan yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat larang kahwin awal, ada pula yang tak senang Afieq Shazwan rapat dengan Wani Kayrie

ARTIKEL BERKAITAN: Halangan rentas daerah dan negeri tiada masalah buat Afieq Shazwan... semua ahli keluarga tinggal satu rumah

"Mungkin itu sebab mereka rasa saya nampak masih muda macam dulu dan tak boleh bezakan lakonan dulu dan sekarang... tapi bagi saya itu semua bukan masalah.

"Sejujurnya kalau nak tahu, banyak saja watak dewasa saya dapat tapi tak semua saya dapat buat lagi kerana beberapa kekangan cumanya untuk drama terbaharu ini saya harap mereka boleh terima sebab ini adalah permulaan saya membawakan watak seorang lelaki berkahwin muda.

afieq 1

Afieq cabar diri bawa watak suami muda dalam drama terbaharu TV3.

"Saya pun tak boleh la selesa dengan watak budak-budak atau pelajar kolej sahaja... mungkinlah sebab muka baby face menyebabkan saya nampak muda. Saya cuba bela misai tapi itulah tak berapa nak tumbuh," katanya kepada mStar.

Afieq ditemui semasa sidang media drama Diari Seorang Suami yang diadakan secara maya pada Isnin.

Dalam drama ini memang saya bawa watak remaja berkahwin muda jadi tidak hairan jika watak Hairi kelihatan muda

AFIEQ SHAZWAN

PELAKON

Sebelum ini menerusi media sosial, beberapa netizen meninggalkan komen meminta pengarah dan penerbit lebih realistik memilih pelakon yang membawa watak suami dalam drama berkenaan.

Ini kerana Afieq dikatakan kelihatan seperti remaja yang masih bersekolah dan kurang sesuai membawakan watak lebih dewasa.

afieq 2

Afieq bergandingan bersama Yuna Rahim dalam drama Diari Seorang Suami.

Menjawab persoalan itu, Afieq menjelaskan watak Hairi yang dilakonkan olehnya itu merupakan seorang lelaki berusia 19 tahun yang memilih untuk berkahwin muda.

"Semasa orang bercakap itu, drama masih belum disiarkan. Dalam drama ini memang saya bawa watak remaja berkahwin muda jadi tidak hairan jika watak Hairi kelihatan muda.

"Memang ada realiti dalam drama ini kerana sekarang ramai yang berkahwin pada usia muda dan kadang-kadang masalah yang dihadapi oleh pasangan suami isteri berkait dengan apa yang dihadapi oleh watak Hairi dan Neesa lakonan Yuna Rahim," ujarnya.

Selain Afieq dan Yuna, Diari Seorang Suami turut dibintangi oleh Keith Foo.

Drama ini bersiaran setiap hari Rabu hingga Sabtu pukul 9 malam menerusi slot Lestary TV3 sejak 12 November lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain