suria

Tujuh hari di hospital, Zizi Kirana syukur suami 24 jam di sisi... doktor nasihat ‘bed rest’ sehingga sembuh

Zizi syukur Yusuf sentiasa di sisi.

SELAMA tujuh hari dirawat di sebuah pusat perubatan akibat kekurangan darah, penyanyi Zizi Kirana memberitahu keadaannya semakin stabil.

Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, berkata, doktor memberitahu dia mengalami masalah di bahagian perut yang menyebabkan dirinya kekurangan darah.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebulan bergelar isteri Yusuf, Zizi Kirana seronok sediakan bekal untuk suami setiap hari - “Pagi-pagi dah sibuk di dapur”

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu macam harimau, sekarang manja seperti kucing... Yusuf Bahrin berjaya lembutkan hati Zizi Kirana - “Walau berbeza usia tapi dia sangat matang”

Bagaimanapun, penyanyi lagu EH ini berkata, dia dibenarkan pulang pada Selasa.

"Saya okay Alhamdulillah, kena warded selama tujuh hari. Hari ini (Selasa) doktor sudah benarkan saya keluar.

Zizi Kirana beransur pulih dan dibenarkan pulang ke rumah.

Zizi dimasukkan ke hospital sejak Isnin lalu.

"Sebenarnya saya ada masalah sikit di bahagian perut yang menyebabkan saya jadi kurang darah, pening dan sesak nafas.

"Sekarang stabil sikit dari semalam-semalam. Alhamdulillah juga Mummy saya dari Sabah datang, bapa dan mak mentua datang dari Melaka.

"Selama berada dalam ward ni saya dah kena tambah dua pain darah," katanya kepada mStar.

Dalam dia risau tu dia juga yang berikan semangat suruh saya jangan berhenti zikir, doa dan istighfar.

ZIZI KIRANA

PENYANYI

Dalam pada itu, Zizi berkata, dia dinasihatkan untuk berehat daripada melakukan sebarang pekerjaannya sehingga benar-benar pulih.

Dia juga bersyukur suami dapat menemani dirinya ketika berhadapan dengan situasi cemas tersebut.

"InsyaAllah lepas sudah rehat ni okay la sebab doktor cakap aku betul-betul kena bed rest. Tidak boleh langsung bekerja.

ZIZI3Zizi bersyukur suaminya Yusuf sentiasa ada disaat dia perlukan.

"Yusuf dari awal sampai la hari ini, 24 jam ada di sebelah, risau betul dia ni, nasib la hospital sekarangg boleh ada penjaga.

"Tapi tu la, dalam dia risau tu dia juga yang berikan semangat suruh aku jangan berhenti zikir, doa dan istighfar," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain