SETELAH sekian lama menyepi, kini penyanyi rap sensasi Caprice kembali aktif di media sosial berkongsi foto dan video mesra selepas bergelar suami kepada ibu tunggal anak satu Malah Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, juga berkongsi wajah isteri dan anak tirinya untuk tatapan peminat.ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Caprice kahwin senyap-senyap Bagaikan tidak sabar menjalankan tanggungjawab sebagai bapa, Caprice memberitahu akan mengajar anak tirinya Aleesya Sofea itu berbahasa Inggeris dan Perancis. "Selamat pagi, gang dah kahwin komen di bawah. Saya akan ajar dia (anak tiri) bahasa Inggeris dan Perancis. Shushu," tulisnya. Caprice selamat bergelar suami pada Isnin. Pada petang Isnin, Caprice selamat diijab kabul dengan wanita berstatus ibu tunggal anak satu yang berasal dari Kelantan iaitu Farra Inalis, 26. Sementara itu, Caprice turut meminta maaf kerana lama menyepi daripada laman sosial dan berjanji akan berkongsi apa yang berlaku kepada dirinya dalam masa terdekat. Saya akan ajar dia (Aleesya) bahasa Inggeris dan Perancis. CAPRICE PENYANYI RAP "Maaf saya menghilangkan diri lebih daripada 40 hari, banyak yang saya lalui. Insya-Allah, saya akan berkongsi apa yang sebenarnya berlaku dalam masa terdekat ini. "Saya tahu ramai wartawan yang mencari saya berhubung perkara ini kerana mereka fikir saya kahwin senyap-senyap. "Maaf kerana menyusahkan semua orang, saya akan berkongsi hal ini tidak lama lagi," ujarnya. Selamat pengantin baharu Caprice dan Farra Inalis. Sementara itu rata-rata peminat melahirkan rasa gembira dan mendoakan kesejahteraan penyanyi berkenaan. "Tahniah Daddy Cap, comel anak... moga berbahagia. "Congrats bro. I'm so happy for you. Dah ada orang jaga dah," kata beberapa netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI