USIKAN nakal segelintir pihak kononnya Shuib Sepahtu masih belum 'move on' dengan pemergian Allahyarham Siti Sarah tidak menghalang pelawak itu untuk terus berkongsi perasaannya di media sosial. Kata Shuib atau nama sebenarnya Shamira Muhammad, 37, sebagai suami yang kehilangan isteri secara mengejut, dia punya hak untuk berbuat demikian. "Saya tak berani cakap bila akan move on. Malah saya tak hairan pun orang nak cakap apa. ARTIKEL BERKAITAN: Shuib jalani pemeriksaan mental setiap minggu, bimbang kesihatan terjejas rindukan Allahyarham Siti Sarah ARTIKEL BERKAITAN: Shuib tak tahu sedang didekati selebriti wanita, serah soal jodoh pada Allah - “Kadang-kadang terfikir perasaan arwah di sana” "Masing-masing ada dia punya jalan cerita sendiri. Itu hak saya untuk mengingati dia. Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman (kanan) ketika majlis tahlil untuk Siti Sarah. "Semua ada kehidupan masing-masing," katanya ketika ditemui mStar pada majlis tahlil sempena 100 hari pemergian Siti Sarah pada Selasa. Turut diadakan majlis tahnik dan cukur jambul anak bongsu mereka iaitu Ayash Affan yang kini berusia hampir tiga bulan. Upacara diketuai pendakwah terkenal, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman. Sebelum ini muncul komen-komen tidak menarik di media sosial apabila Shuib dilihat kerap berkongsi status dan foto kenangan bersama Sarah yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada 9 Ogos lalu. Sampai hari ke-100 ni pun... minta la macam mana pun tak dapat nak jumpa dia (dalam mimpi), rindu sangat. SHUIB PELAWAK Namun kata Shuib dia tidak perlu melatah dengan pandangan segelintir pihak berkenaan hal itu. "Saya terfikir juga mungkin dengan posting di media sosial, boleh sampai lagi sedekah al-Fatihah untuk dia. "Lagi pun media sosial ni bukanlah semata-mata tempat nak meluahkan perasaan. Ia juga menjadi tempat berkongsi sesuatu... mungkin orang nak baca dan kita just nak share," katanya lagi. Shuib bersama anak-anaknya (dari kiri) Ariq Matin, Dzahira Talita Zahra, Ayash Affan dan Uwais Alqarni. Dalam pada itu Shuib memberitahu sejak pemergian Sarah dia tidak pernah berhenti berharap semoga arwah muncul dalam mimpi. "Dia tak pernah datang dalam mimpi saya, hanya datang dulu dalam mimpi Matin. "Sampai hari ke-100 ni pun... minta la macam mana pun tak dapat nak jumpa dia, rindu sangat," katanya. Sementara itu bercerita tentang anak-anak dan tanggungjawabnya sebagai bapa tunggal, Shuib berkata dia bersyukur apabila urusannya dipermudahkan. Shuib bersyukur perjalanannya sebagai bapa tunggal kepada empat cahaya mata sentiasa dipermudahkan. "Alhamdulillah Ayash bayi yang sangat luar biasa. "Terasa la kesusahan tu sikit tapi Alhamdulillah saya ada keluarga yang tak pernah tinggalkan saya. Selalu bantu jaga anak-anak," ujarnya. Untuk rekod Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011. Selain Ayash, mereka turut memiliki tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin yang berusia 6 tahun. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!