suria

Dua minggu bergelar isteri, penyanyi Ai wahida buat keputusan berpurdah... rasa diri lebih terjaga

Ai Wahida mengambil keputusan untuk berpurdah selepas berkahwin.

DUA minggu bergelar isteri, penyanyi Ai Wahida membuat keputusan untuk mengubah penampilannya kepada imej wanita muslimah dengan berpurdah.

Ai Wahida atau nama sebenarnya Wahida Amalin Atan, 23, mengakui keputusan itu sudah lama difikirkan dan sekarang adalah masa yang paling sesuai.

Katanya, dua lebih terjaga, selesa dan selamat apabila mengenakan berniqab.

"InsyaAllah saya tengah slowly cuba untuk berniqab purdah. Tengah biasakan diri.

ARTIKEL BERKAITAN:Ai Wahida ‘off market’, masih malu-malu dengan suami sebab PJJ - “Dia sangat tenang, tak pernah ada perasaan cemburu”

ARTIKEL BERKAITAN:Ai Wahida nikah Isnin dengan jejaka TikTok, sedia tinggalkan dunia hiburan - “Saya nak fokus jadi suri rumah sepenuh masa”

"Mulanya saya terdetik nak pakai niqab ni masa buat paid review, masa saya pakai tu rasa sebak dan menangis.

"Saya kata indahnya kalau tertutup penuh macam ni, mungkin inilah bahagia yang saya cari," katanya kepada mStar.

ai 1

Ai Wahida kini mengambil keputusan untuk berniqab.

Ai Wahida selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya iaitu Muhammad Syafiq dengan sekali lafaz di Pejabat Agama Johor Bahru, Johor pada 1 November lalu.

Bercerita tentang pengalaman selepas berkahwin, Wahida berkata kehidupannya lebih bahagia dengan kehadiran suami di sisi.

Ujarnya, dia bersyukur kini ada orang yang menjadi imam dan memperbetulkan bacaan al-Quran.

"Perasaan lepas kahwin sudah tentulah rasa bahagia sebab tak pernah rasai pengalaman macam ni.

Sekarang ni tak ada lah berseorangan, dah ada imam, mengaji pun ada orang betulkan bacaan.

AI WAHIDA

PENYANYI

"Sebelum nikah saya dan suami memang jarak jauh jarang jumpa. Sekarang ni hidup tidak lagi berseorangan, sudah ada imam setiap kali solat, mengaji pun ada orang betulkan bacaan," ujarnya.

Dalam pada itu, selepas mengambil keputusan untuk tidak membabitkan diri dalam dunia hiburan Wahida berkata, dia mempunyai perancangan bersama suami untuk memulakan perniagaan tudung.

AI4

Ai Wahida berkahwin dengan Muhammad Syafiq pada 1 November lalu.

Sementara itu, berkongsi tanggungjawab sebagai isteri, Wahida berkata, dia seronok dapat menyediakan makanan kepada suami.

"Makanan buat simple je, sarapan, sandwich, sambal sardin. Saya pun baru berjinak-jinak masuk dapur sebab sebelum ni mak yang masak. Nasib husband pun pandai masak.

"InsyaAllah lepas ini saya dan suami sudah rancang nak buat bisnes tudung atau niqab InsyaAllah," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain