suria

Dua tahun jadi ibu tunggal, Farra Inalis setuju terima lamaran Caprice kerana anak… enam bulan kenal dah panggil ‘daddy’

Keakraban anak dengan Caprice menjadi sebab Farra menerima lamaran untuk berkahwin dengan penyanyi itu.

TIDAK menyangka akan berkahwin lagi, isteri kepada penyanyi rap Caprice iaitu Farra Inalis berkata hatinya terbuka untuk kembali bergelar isteri selepas melihat keakraban hubungan anaknya dengan selebriti sensasi itu.

Farra atau lebih mesra disapa Elis, 26, memberitahu anak perempuannya iaitu Aleesya Sofea menjadi sebab utama dia menerima lamaran Caprice untuk mendirikan rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Caprice kahwin senyap-senyap

ARTIKEL BERKAITAN:Caprice nak ajar anak tiri cakap bahasa Inggeris, peminat bergurau panggil ‘Daddy Cap’

"Sejujurnya penguat hubungan kami adalah Aleesya... selama dua tahun lebih sebagai ibu tunggal tak pernah terfikir untuk berkahwin seawal ini sebab Elis tak percaya akan ada orang yang akan sayang anak Elis macam saya sayang dia.

"Orang luar mungkin tak nampak atau mungkin suami saya tak pernah tunjuk... tapi saya harus cakap ini, Ariz sangat penyayang, suka budak dan itu menjadi sebab utama perkahwinan kami," katanya menerusi Instagram pada Rabu.

Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli, 33, selamat diijab kabul dengan wanita berstatus ibu tunggal dari Kelantan itu pada Isnin, 15 November lalu.

Caprice selamat berkahwin dengan ibu tunggal anak satu.

Caprice seorang yang penyayang buat Farra terpikat.

Mengimbau kembali detik perkenalan awal tahun lalu, Elis berkata hubungan Aleesya dengan Caprice begitu akrab sehingga anak perempuannya mula memanggil ‘daddy’.

Malah, Aleesya seakan-akan tidak boleh berenggang dengan Caprice dan pernah menangis kerana terlalu merindui bapa tirinya itu.

"Bila tengah scroll galeri terjumpa la video adik (Aleesya) masa awal-awal kenal Ariz dulu... selepas tiga, empat kali Aleesya jumpa Ariz dia punya clingy sampai nangis rindu nak jumpa.

Kadang-kadang dia pun suka menyakat Ariz dengan pangilan ‘abang bro Caprice’ dan buat gaya-gaya hip hop!

FARRA INALIS

ISTERI CAPRICE

"Sebenarnya Aleesya bukanlah sejenis budak yang suka menangis dan dia susah nak rapat dengan orang... selepas enam bulan, anak Elis dah mula panggil ‘Daddy Caprice’.

"Kadang-kadang dia pun suka menyakat Ariz dengan pangilan Abang Bro Caprice dan buat gaya-gaya hip hop... dah macam kawan sama baya aku tengok!" ujarnya.

caprice 2

Aleesya terlalu manja dengan bapa tirinya.

Sebelum itu menerusi program MeleTOP pada malam Selasa, Caprice memberitahu dia memilih Farra sebagai pasangan hidup kerana wanita itu tetap berada di sisi ketika kawan-kawan lain menjauhkan diri.

Kata Caprice, perkara itu membuatkan dia terdetik menjadikan wanita itu sebagai pasangan hidup.

"Saya melalui pelbagai perkara kebelakangan ini, dari Cairo ke Jordan... banyak yang berlaku dalam hidup, saya jatuh agak teruk jugalah.

"Apa yang saya tengok apabila kita jatuh ramai yang meninggalkan kita tapi saya tak tahu kenapa Elis stuck around. Disebabkan itu saya fikir kita kena kahwin la," ujarnya.

Caprice selamat berkahwin dengan wanita pilihan hatinya.

Caprice dan Elis diijab kabul pada Isnin.

Ketika ditanya kenapa tidak pernah menunjukkan wanita berkenaan di media sosial sebelum ini, penyanyi lagu Xde Hal Bro ini berkata, dia tidak mahu hubungan itu diganggu pihak lain.

Katanya lagi, pelbagai ujian yang dilalui selepas membuat keputusan untuk berkahwin.

"Kita nak halalkan hubungan ada macam-macam ujian, saya risau tayang awal-awal orang lain masuk campur, ganggu... saya tak mahu netizen masuk campur, tak nak rosakkan proses hubungan kami.

"Banyak ujian kami lalui apabila sudah buat keputusan nak kahwin... macam-macam," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Caprice turut memberitahu dia akan kembali ke Gaza dan menjalankan misi yang tertangguh.

Kali ini dia akan pergi secara senyap-senyap dan belajar daripada kesilapan sebelum ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain