suria

Kak Girl tak mahu buat kecoh isu kena reject gara-gara tiada baju ‘plus size’, tapi harap produksi fikir dulu sebelum buat tawaran

Kak Girl anggap bukan rezekinya untuk bekerja dengan produksi tersebut.

ISU produksi menggugurkan nama personaliti media sosial, Kak Girl dengan alasan tidak masuk akal iaitu ketiadaan baju bersaiz besar membangkitkan kemarahan ramai di media sosial.

Bagaimanapun Kak Girl atau Nur Amira Maslan ini enggan memanjangkan lagi isu tawaran lakonan ditarik balik gara-gara isu pakaian.

ARTIKEL BERKAITAN: Dottie bengang produksi gugurkan nama Kak Girl sebab tak dapat baju ‘sponsor’... suka-suka tukar pelakon ikut saiz pakaian

"Kalau boleh saya tak nak ulas lebih lanjut sebab tak nak lagi memanjangkan isu sehingga mengeruhkan keadaan dan menyebabkan salah faham.

Kak Girl 2

Dottie berkongsi perkara itu di Instagram miliknya.

"Sejujurnya niat saya hubungi Dottie hanya ingin bertanya sahaja. Dottie sudah lama dalam industri dan dia juga seorang pelakon 'plus size'.

"Jadi saya hanya bertanya adakah dia pernah melalui situasi yang sama sebab saya tak pernah berdepan dengan situasi itu... bukan mengadu," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, pelakon Dottie mendedahkan tawaran berlakon yang pada awalnya diberikan kepada Kak Girl ditarik semula oleh sebuah produksi drama gara-gara tiada baju bersaiz besar.

Yela... kita pun baru sahaja nak mula bekerja.

KAK GIRL

PERSONALITI MEDIA SOSIAL

Kesal dengan apa yang berlaku, rakan baiknya iaitu pelakon Dottie atau nama sebenar Nor Syuhaida Abd Razak menyifatkan alasan itu sebagai tidak masuk akal dan sukar diterima.

Dalam pada itu, Kak Girl mengakui dia berasa terkejut dan sedih apabila tawaran berlakon tersebut ditarik semula atas alasan baju.

Biarpun pada mulanya sudah teruja dapat kembali bekerja namun Kak Girl mengambil perkara itu secara positif dan menganggap ia bukan rezekinya.

Kak Girl 1

Kak Girl terharu Dottie tampil mempertahankannya.

"Apabila saya diberikan alasan sebegitu, sudah tentulah saya agak terkejut dan sedikit rasa sedih. Yela... kita pun baru sahaja nak mula bekerja.

"Apabila dah dapat tawaran berlakon semula, sudah tentu saya rasa teruja. Tapi nak buat macam mana, saya anggap saja la ia bukan rezeki saya.

"Cumanya, saya harap selepas ini pihak produksi boleh beri lebih penjelasan sebelum nak tawarkan sesuatu 'job'," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain