suria

Lan Solo tak beli anugerah, usaha sendiri majukan bisnes kedai runcit - “Bukan saya minta, orang nak bagi”

Lan berterima kasih kepada keluarga dan kakitangannya yang banyak membantu selama ini.

TIDAK sampai dua tahun kedai runcit Borneo Mart bertapak, penyanyi Lan Solo bersyukur apabila tersenarai sebagai salah seorang penerima anugerah 100 Top Young CEO 2021.

Namun di sebalik pencapaian itu masih ada netizen yang memperkecil dan memperlekehkan usaha dilakukan Lan atau Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36, sehingga berjaya menerima anugerah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Lan Solo syukur bisnes kedai runcit berkembang, pindah ke bangunan tiga tingkat - “Orang buat aduan, kes rompak bukan isu tukar lokasi”

ARTIKEL BERKAITAN: Kes saman Siti Nordiana: Lan Solo dan rakan-rakan masih belum memfailkan kehadiran dan pernyataan pembelaan

"Anugerah tu bukan saya minta, orang nak bagi. Jadi saya anggap ia satu penghargaan buat usaha kami. Walaupun kedai runcit tapi usaha kami melebihi apa yang sepatutnya dan secara tak langsung terus di iktiraf.

"Tak pasti la pula kalau ada anugerah yang boleh dibeli kerana bagi anugerah ini, saya dapat panggilan daripada penganjur... diberitahu tercalon dan menerima anugerah kategori Top Leading CEO 2021.

LAN 2

Lan bersyukur kedai runcit yang baru bertapak semakin berkembang.

"Apa relevannya nak beli anugerah sedangkan masing-masing usahawan mampu berusaha menaikkan branding sendiri dan menaikkan jenama sendiri," katanya kepada mStar.

Tambah Lan, dia bersyukur apabila usahanya bersama isteri, Nur Sheila Hassim, 35, mula menampakkan hasil selepas mengharungi pelbagai kejayaan.

"Rasanya orang boleh nampak kami punya struggle sejak dulu. Daripada lima botol kicap dan modal RM500, Alhamdulillah dah boleh masuk dua kontena setiap bulan.

Apa relevannya nak beli award sedangkan masing-masing usahawan mampu kot berusaha menaikkan branding sendiri

LAN SOLO

PENYANYI

"Kedai pun lebih selesa, saya rasa progress tu cukup kot untuk dinilaikan bagi saya peroleh award tu dan mungkin rezeki saya tahun ni, saya bersyukur sangat-sangat. Yang saya tahu saya usaha je, ganjarannya nanti Allah yang bagi.

Ketika ditanya apa yang menjadi penyuntik semangat dan sumber kekuatan untuk dia terus maju dalam perniagaannya, Lan berkata selain isteri dan anak, keluarga serta pekerja yang terlibat sepanjang dia berniaga adalah pendorong untuk dia terus maju ke hadapan.

LAN3

Selain isteri, anak dan keluarga adalah sumber kekuatan untuk Lan Solo.

"Mereka ni la yang jadi penyuntik saya bekerja keras, mereka adalah penyumbang kepada saya untuk berkongsi manfaat.

"Saya tak pernah ambil peduli kata-kata orang yang negatif, tapi kalau kritikan tersebut membina saya akan ambil daripada sudut positif dan anggap ia sebagai cabaran.

"Kerjaya seni saya masa PKP terumbang ambing on off jadi ia memberi saya ruang dan masa untuk fokus berniaga. Bagi saya rahsia kejayaan adalah fokus dalam apa jua benda, InsyaAllah akan peroleh result yang baik," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain