suria

Sufian Suhaimi selesai fasa ‘pulih’ luka cinta lama, tengah ‘warmup’ siap sedia kahwin bila-bila masa

Sufian Suhaimi tidak terburu-buru untuk berkahwin walaupun sering diasak soal jodoh.

SERINGKALI diasak persoalan tentang jodoh, penyanyi Sufian Suhaimi tidak melatah sebaliknya lebih terbuka apabila ditanya tentang perancangannya untuk menamatkan zaman bujang.

Akui Sufian, 29, dia juga berkeinginan untuk mempunyai pasangan hidup apabila melihat rakan-rakan memilih menamatkan zaman bujang dalam era pandemik.

Namun menurutnya, dia tidak terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga sehingga bertemu dengan pasangan yang sesuai dan mempunyai keserasian bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Sufian Suhaimi akui cabaran lancar ‘Cinta Tak Bertepi’ ketika pandemik - “Saya tak kisah tentang view YouTube, asalkan didengari ramai”

ARTIKEL BERKAITAN: Tidur lambat tapi bangun awal ajak solat Subuh... Sufian Suhaimi ‘terciduk’ baca mesej Haqiem Rusli - “Tak boleh gambarkan perasaan ini”

"Saya gembira lihat rakan-rakan saya yang menamatkan zaman bujang, meneruskan fasa seterusnya dalam kehidupan. Ini rezeki mereka.

"Dalam hidup ni kita nak apa lagi kan? Memang fitrah hidup kita ingin berpasangan, of course ada rasa tu tapi tak ada la sampai terburu-buru nak kahwin secepat mungkin," katanya kepada mStar.

PIAN2

Sufian Suhaimi tidak terburu-buru untuk berkahwin sebaliknya mencari keserasian bersama terlebih dahulu.

Sufian ditemui di majlis resepsi penyanyi Haqiem Rusli dan Anis Sofea yang diadakan di Skyglass, Cyberjaya pada Jumaat malam.

Ketika ditanya antara ciri-ciri wanita idaman dan keinginan untuk berkahwin dalam kalangan artis, dia memberitahu tidak memilih dan tidak kisah berkenalan dengan wanita yang bukan dalam kalangan selebriti.

Tambahnya dia lebih bersifat terbuka dan tidak merahsiakan sekiranya sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang.

Saya bukan jenis nak rahsiakan kalau saya ada berkawan dengan someone special

SUFIAN SUHAIMI

PENYANYI

"Saya nak je dengan orang biasa, saya tak kisah artis ke tak artis kalau sesuai dan serasi kita jalan je.

"Saya bukan jenis nak rahsiakan kalau saya ada berkawan dengan someone special tapi saya tak ada lah nak berkongsi semua pasal peribadi dan perancangan bersama dia. Not sharing too much.

"Saya nak apabila bersama dengan someone tu ada rasa bahagia, tak terbeban, rasa saling mencukupi. Daripada segi fizikal sedap mata memandang.

PIAN4

Sufian tumpang gembira dan mendoakan kebahagiaan buat rakannya Haqiem Rusli.

Menurut Sufian, dia telah melewati fasa ‘pulih’ dan bersedia untuk berkahwin sekiranya ada rezeki dan pasangan yang tepat.

"Ini bukan tempoh pulih dah, sekarang dah warmup dah.

"Ready anytime to go, ada jodoh ada restu ibu bapa ada keserasian InsyaAllah jalan," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain