suria

Setiap hari Hafiz Hamidun dapat aduan akaun palsu, bimbang ramai peminat Indonesia terpedaya

Hafiz bimbang banyak akaun palsu muncul.

SEMAKIN hari semakin banyak akaun palsu atas nama selebriti muncul di media sosial, perkara ini turut membimbangkan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun yang enggan peminatnya terpedaya.

Hafiz atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz Hamidun, 37, berkata, dia menerima aduan daripada peminat hampir setiap hari berkenaan akaun palsu atas namanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Hamidun tak fokus cari cinta, ‘plan’ bersara cecah usia 40 tahun - “Saya nak kurang aktiviti seni... mahu buat amal kebajikan”

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Hamidun dedah hubungan dengan instafamous berstatus janda berakhir, jarak dan komunikasi jadi halangan

Malah, lebih teruk ramai peminatnya dari Indonesia yang terpedaya dengan helah individu yang menyamar sebagai dirinya itu.

"Dulu kita jarang dengar sangat pasal scam tapi akhir-akhirnya makin menjadi-jadi. Hari-hari ada peminat report dekat DM maklumkan ada orang guna gambar saya. Apa yang saya kesalkan ramai yang terkena tipu itu dari Indonesia.

"Saya tak boleh nak jangka apa yang dia buat, mungkin kacau orang lain, mungkin hantar mesej tipu, paling tidak pun menyamar jadi saya," katanya kepada mStar.

Ujarnya, dia sudah melaporkan akaun tersebut ke pihak Instagram, namun selepas itu akan muncul akaun lain yang menggunakan gambar miliknya.

"Saya tak tahu apa yang mereka buat atau dapat. Bila saya report dekat IG, dia akan buat akaun lain.

Harap dia tak buat apa-apa yg boleh orang sangka buruk fasal saya.

HAFIZ HAMIDUN

PENYANYI

"Saya harap orang lain berhati-hati sebab mereka ini akan request nak jadi friends kat ramai orang rasanya," ujarnya.

Selain Instagram, Hafiz juga mendakwa individu tidak bertanggungjawab tersebut juga mewujudkan akaun palsu untuk laman sosial Facebook, Twitter, dan Telegram.

Penyanyi lagu Jodoh Berdua ini turut menasihatkan agar orang agar tidak terpedaya atau tertipu dengan akaun palsu yang muncul di media sosial.

hafiz2

Hafiz berharap orang ramai tidak tertipu dengan akaun palsu tersebut.

"Tak ada kerja betul mereka ni. Ini baru Instagram, Facebook pun dia buat. Gaya bahasa dia macam bukan orang Malaysia.

"Harap dia tak buat apa-apa yang boleh orang sangka buruk fasal saya. Tapi saya rasa sekarang semua orang tahu mana akaun yang betul atau tak... malas nak bising tentang perkara ni sebab remeh sangat, tapi sejak akhir-akhir ini dah macam melampau," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain