SABAN hari seorang demi seorang selebri tempatan mula berhijrah ke fasa yang lebih baik dalam kehidupan mereka. Terbaharu pelakon Yusuf Bahrin juga mula menunjukkan minat ke arah keagamaan apabila sering berkongsi perkara-perkara yang positif di media sosial. Malah Yusuf atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Bahrin, 29, sempat meluangkan masa hujung minggunya dengan mengikuti kuliah Dhuha di Putrajaya pada Sabtu lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Yusuf Bahrin doa Zizi Kirana istiqamah tutup aurat, kagum isteri kuat hadapi ujian - “Dia tetap pendirian berkenaan isu agama” ARTIKEL BERKAITAN: Dulu macam harimau, sekarang manja seperti kucing... Yusuf Bahrin berjaya lembutkan hati Zizi Kirana - “Walau berbeza usia tapi dia sangat matang” "Ini pertama kali saya sertai kuliah Dhuha anjuran Perbadanan Putrajaya, penceramah jemputan adalah ustaz Wadi Annuar. "Dah lama nak pergi tapi tak ada kesempatan. Saya buat ini kerana Allah sebab buatkan saya sedar kehidupan ni sebenarnya mengingatkan mati dan dan akhirat yang kekal. Yusuf rasa lebih bertanggungjawab selepas berkahwin. "Sebelum ni saya leka dengan dunia sehingga lupa fasal akhirat. Sedangkan kita perlukan bekalan dan persediaan untuk ke sana." katanya kepada mStar. Bercerita lanjut tentang perubahannya ke arah kebaikan, Yusuf berkata tanggungjawab sebagai suami kepada penyanyi Zizi Kirana membuatkan dia lebih sedar tentang peranan seorang pemimpin dalam rumah tangga. Katanya dia cuba memperbaiki diri dan dalam masa sama membimbing Zizi ke jalan yang diredai Allah. Kalau ada babak sentuhan saya akan beritahu pengarah, lagipun saya dah kahwin kena hormat isteri. YUSUF BAHRIN PELAKON "Apabila dah jadi suami, diri sendiri kena betul kerana tak mahu pengikut jadi songsang. Suami adalah cerminan isteri dan isteri akan sedar, dia pun akan ikut. "Saya bukan nak berdakwah sampai jadi macam ustaz, sekadar mendekatkan diri dengan agama," katanya. Dalam pada ditanya tentang hala tuju kerjaya sebagai pelakon, Yusuf berkata dia akan cuba membataskan diri dalam pergaulan. Yusuf meminta doa orang ramai untuk kebahagiaan rumah tangga dan zuriat buat dia dan isteri. Ujar Yusuf, dia juga akan mahu mengelak daripada melakukan adegan keterlaluan atau berpegangan tangan dengan pelakon wanita. "Saya ada satu drama ni dah habis penggambaran sebelum PKP hari tu. Masa tu saya belum kahwin dan masih tak tahu (batas pergaulan). "Saya hanya fikir fasal kerja... jadi benda tu haram, ada scene sentuhan. Tapi sekarang saya dah faham sikit-sikit, saya kena jaga perkara itu. TONTON VIDEO YUSUF DAN ZIZI! "Untuk masa akan datang kalau ada babak sentuhan saya akan beritahu pengarah, lagipun saya dah kahwin kena hormat isteri... kalau dialog je tak mengapa," katanya. Sementara itu ketika ditanya tentang spekulasi bahawa Zizi sedang hamil, Yusuf bagaimanapun enggan berkongsi lanjut. "Saya hanya harapkan doa daripada orang ramai tentang kesihatan Zizi. "Fasal zuriat Allah yang tentukan, insyaAllah kami masih mencuba," ujarnya. Yusuf dan Zizi bernikah di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 19 September lalu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!