suria

[VIDEO] Shidee mengaku ambil masa berbulan pulih hubungan dengan ibu mentua... Lega akhirnya perkahwinan dapat restu

SETELAH 11 tahun berlalunya cerita perkahwinan penyanyi Shidee yang kononnya tidak mendapat restu, kisah berkenaan kembali mencuri perhatian peminat gara-gara kemunculannya di pentas Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) pada malam Ahad lalu.

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana Shidee atau nama sebenarnya, Rashid Abdul Wahab, 62, menjalani kehidupan peribadi dalam tempoh berkenaan apabila pada awal perkahwinannya ia mendapat tentangan ibu mertua.

ARTIKLE BERKAITAN: Shidee: Saya Tak Pernah Cintakan Ibu Mertua Saya

ARTIKEL BERKAITAN: Kelahiran Bakal Bayi Jadi Sejarah Hidup Shidee

Menjelaskan tentang persoalan itu, penyanyi lagu Sayang Semuanya Sudah Terlambat ini berkata dia bersyukur apabila segala kontroversi yang melanda sekitar awal tahun 2010 itu dapat dikawal dengan baik.

shidee3

Shidee tidak ambil hati apabila ditanya tentang kisah lama membabitkan hal rumah tangganya.

"Ya saya memang terpalit kontroversi dulu dan saya tidak rasa apa-apa pun kalau ada orang nak korek cerita lama... korek la tak ada apa pun.

"Bagi saya itu semua perjalanan hidup, dulu ramai orang kata saya bercinta dengan mak mentua saya," katanya kepada mStar.

Shidee ditemui pada malam konsert minggu pertama GV8 yang diadadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada Ahad malam.

Sekarang dah okay, saya tahu dia tu mentua... saya tetap hormati sebagai ibu saya.

SHIDEE

PENYANYI

Untuk rekod pada Februari 2010 Shidee mencetuskan kontroversi apabila perkahwinannya dengan wanita bernama Siti Fairunnisa Aziz yang pada ketika itu berusia 22 tidak direstui ibu mentuanya, Jamaliah Hasan.

Kontroversi itu tercetus apabila Shidee pada awalnya dikatakan berkenalan dengan Jamaliah, namun selepas itu berhasrat mengahwini anak wanita itu.

Menjawab tentang persoalan sama adakah benar dakwaan kononnya dia pernah menjalinkan hubungan dengan mentuanya sendiri, Shidee bagaimanapun menafikan hal itu.

"Sebenarnya itu (tuduhan) tak ada, tak wujud pun. Tapi tak tahu la kalau mak mentua saya pada waktu itu ada hati dan perasaan dengan saya... itu terpulang hak dia.

"Tapi saya tak ada langsung perasaan dengan dia," katanya.

shidee2

Shidee dan Siti Fairunnisa bersama tiga orang cahaya mata mereka.

Bercerita lanjut tentang hubungannya dengan mentua, Shidee berkata segala salah faham yang timbul sudah diatasi secara baik dan mereka kini mula hidup dengan harmoni.

"Sekarang dah okay, saya tahu dia tu ibu mentua... saya tetap hormati dia sama macam ibu saya sendiri.

"Pada mulanya apabila dia marah kita tak perlu nak buat apa-apa. Sampai satu ketika, dia nak jumpa anak dia iaitu isteri saya, daripada itu saya cari cara nak perbaiki hubungan kami.

"Cari jalan bagaimana nak dekat dengan dia, lama juga. Makan masa dan berbulan-bulan juga nak perbaiki. Alhamdulillah hari ni semua dah okay," katanya.

Shidee dan Siti Fairunnisa berkahwin pada 1 Februari 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain