suria

Hanya sempat buat 10 episod, watak Amerul Affendi dalam drama ‘Jangan Ganggu Jodohku’ digantikan dengan pelakon lain

Watak Amerul dalam drama Jangan Ganggu Jodohku digantikan dengan pelakon lain.

ALAMI alahan dan diserang asma yang teruk akibat suntikan vaksin Julai lalu, watak pelakon Amerul Affendi dalam drama siri Jangan Ganggu Jodohku terpaksa digantikan kepada pelakon Aloy.

Menurut Amerul atau nama sebenarnya Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, 35, dia sempat menjalani penggambaran drama tersebut hanya untuk 10 episod sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Amerul Affendi kena ‘reject’ stesen TV sebab Instagram ‘sendu’ - “Nak beli followers rasa macam menipu, apa patut saya buat?”

"Saya berdepan masalah kesihatan selepas menerima suntikan vaksin. Simptom yang saya dapat agak teruk untuk suntikan dos pertama.

Amerul 1

Sehingga kini, Amerul berdepan dengan masalah kesihatan disebabkan vaksin.

"Saya alami alahan yang teruk, ruam naik seluruh badan dan sehingga ke hari ini saya alami lelah. Saya tak bernasib baik dengan vaksin.

"Disebabkan saya belum lengkap dua dos, produksi terpaksa membuat keputusan tukar pelakon sebab itu saya tak dapat teruskan," katanya kepada mStar.

Simptom yang saya dapat agak teruk untuk suntikan dos pertama.

AMERUL AFFENDI

PELAKON

Amerul berkongsi perkara tersebut ketika sesi temu bual bersama media untuk drama siri arahan pengarah Jamal Khan pada Khamis.

Drama terbaharu yang turut dibintangi oleh Shaza Bae dan Yusuf Bahrin itu bakal ditayangkan bermula pada Isnin depan di saluran Astro Ria.

Dalam pada itu, pelakon filem One Two Jaga ini memberitahu penyakit asma dan alahan kepada makanan laut sepatutnya sudah hilang sejak usianya 14 tahun.

Katanya, sehingga kini pihak hospital masih dalam proses mengenali pasti vaksin yang sesuai untuk dirinya.

Amerul 2

Pihak hospital dalam proses mengenali pasti vaksin yang sesuai untuk Amerul.

"Sebenarnya saya memang ada penyakit asma waktu kecil. Tapi hilang selepas umur saya 14 tahun. Saya pun ada alahan makanan laut tapi dah hilang bersama dengan lelah.

"Tapi selepas vaksin, alahan serta lelah itu kembali. Sekarang ini, pihak hospital dalam proses untuk mengenali pasti vaksin yang sesuai untuk badan saya.

"Adakah saya nak ambil risiko sekali lagi itu atas keputusan saya. Sekarang masih dalam pemantauan untuk ambil dos kedua atau tukar vaksin," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain