suria

Erma Fatima trauma jumpa ular sawa kekenyangan, dah dua kali ceroboh reban ayam

Ayam milik Erma Fatima ditelan ular sawa.

PENGARAH dan pelakon Erma Fatima bimbang apabila seekor ular sawa sebesar paha melingkar kekenyangan di dalam reban ayamnya tidak berjaya ditangkap.

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 53, berkata, reptilia itu berjaya menelan seekor ayam di dalam reban yang terletak di hadapan kediamannya di Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor pada Rabu.

"Semalam saya baru balik dari Kedah saya turun tengok dalam sangkar tu ada ular tengah belit ayam. Sekarang aku bela ular bukan bela ayam.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Peniaga tuduh Erma Fatima scammer, dapat barang terus senyap - “Biadab! Mereka buat artis macam hamba”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Peminat ucap tahniah, seronok tengok Amelina diam-diam naik pelamin

"Kita panggil bomba tapi sementara bomba tu nak sampai ular sudah lari.

"Tadi pagi (Khamis) saya punya tukang kebun nampak ular tu lagi tengah tidur dalam reban, saya panggil lagi bomba lepastu ular tu lari lagi. Masih terlepas lagi ular tu," katanya kepada mStar.

Erma berkata, dia mula berasa takut dan lebih-lebih berhati-hati kerana bimbang ular tersebut muncul lagi dan masuk ke dalam rumah.

"Kita jadi fobia la, walaupun ular tu kat luar rumah tapi kita yang dalam rumah ni jadi fobia takut kalau-kalau masuk dalam rumah jadi seriau juga la. Tapi syukur la setakat ni ular tu tak masuk dalam rumah, dekat rumah ada mak saya.

Kita jadi fobia la, walaupun ular tu kat luar rumah tapi kita yang dalam rumah ni jadi takut kalau-kalau masuk dalam rumah.

ERMA FATIMA

PENGARAH

"Ular tu besar, gemuk sebesar paha saya tapi panjang saya tak pasti berapa meter tapi kalau belit orang memang tak selamat.

"Ular tu buat lubang dari tanah masuk dalam reban tu sebab sebelum ni memang ada ayam hilang rupa-rupanya kerja ular tu," ujarnya.

Tambahnya, dia tidak menafikan ular sawa itu datang dari hutan berhampiran kediamannya.

ERMA5

Erma fobia dengan kehadirna ular sawa di rumahnya.

"Tingkap semua saya selalu tutup sebab kawasan rumah saya ni dekat dengan kawasan hutan jadi memang tempat laluan ular tu la kot.

"Saya dah tutup lubang-lubang guna simen, saya suruh tukang kebun buat tapi tak mustahil benda tu akan datang balik sebab ular boleh buat lubang lain walaupun sudah letak belerang tapi masih tak berkesan," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain