suria

Kelas! Terpaksa buang bulu mata, Rozita Che Wan berselubung bawa 5,000 berlian di ‘red carpet’... ikut konsep ‘follow SOP’!

Gaya Che Ta berselubung raih perhatian netizen.

TAK pernah kalah dalam berfesyen, pelakon sensasi Rozita Che Wan kali ini tampil bergaya dengan busana hitam bertatah berlian di acara karpet merah Kuala Lumpur Fashion Award 2021 (KLFA 2021).

Dengan rekaan berselubung seluruh badan dan wajah, pereka fesyennya, Ezuwan Ismail berkata, gaya mereka itu diberi nama 'follow' SOP (prosedur operasi standard) direka khas untuk tampil outstanding.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Sebagai perempuan tentu rasa terhina” - 4 jam Rozita Che Wan beri keterangan kepada polis kes dakwaan fitnah Diva AA

"Konsep kita follow SOP... kita bungkus supaya orang tak kenal, kita nak bagi kelainan. Bila dapat tema Black Tie saya terfikir untuk outstanding daripada orang lain

"Ingat nak cantik senang, Cha Ta terpaksa buang bulu mata ya!" ujarnya kepada mStar.

Saya tak lemas dan penglihatan pun nampak jelas saja. Kalau pegang memang berat tapi bila dah pakai tak berat pun.

ROZITA CHE WAN

PELAKON

Rozita dan Ezuwan ditemui pada acara fesyen KLFA 2021 yang diadakan di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur pada malam Rabu.

ezuwan

Rozita Che Wan (kanan) bersama pereka fesyen Ezuwan Ismail.



Sementara itu, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata, pakaian bertatahkan 5,000 berlian itu tidak terlalu berat dan selesa untuk dipakai untuk majlis berkenaan.

Katanya, dia berasa lebih yakin dan kelihatan cantik biarpun berselubung.

"Saya tak lemas dan penglihatan pun nampak jelas saja. Kalau pegang memang berat tapi bila dah pakai tak berat pun.

"Hari ini ramai yang tampil vogue tapi saya lain, lebih elegant dan outstanding," ujarnya.

Selain Rozita dan Ezuwan, acara itu turut dihadiri selebriti antaranya, Uqasha Senrose, Raysha Rizrose, Eyka Farhana, Scha Alyahya, Awal Ashaari dan Mimi Fly, manakala pereka fesyen terkenal tanah air seperti Rizman Ruzaini, Hatta Dolmat dan Karl Shafek.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain