GARA-GARA menghidap masalah anxiety atau kebimbangan melampau, penyanyi rock Ella mendedahkan dia pernah hilang semangat dan tiba-tiba tiada mood untuk membuat persembahan. Menurut Ella atau nama sebenar Nor Zila Aminuddin, 53, dia sudah lama berhadapan dengan penyakit itu, namun keadaan menjadi lebih teruk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini. "Suatu ketika dulu saya pernah melalui anxiety yang teruk dan hanya keluarga tahu mengenai keadaan saya ini... tapi masalah anxiety yang saya alami tidaklah teruk sangat sampai rasa nak cederakan diri. ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga Ella dan suami semakin bahagia dengan kehadiran anak angkat - “Rutin harian saya berubah 360 darjah” ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Ella meninggal dunia akibat sakit tua "Ia masih lagi dapat dikawal. Antara kesan yang saya hadapi, tangan saya akan cepat berpeluh, malah pernah juga rasa tiba-tiba tak ada mood nak buat persembahan ketika show hampir berlangsung. "Semasa negara berdepan pandemik, sejujurnya saya menghadapi tekanan itu," katanya kepada mstar. Saya menyeru kepada mereka di luar sana untuk bersifat lebih terbuka mengenai masalah yang mereka alami ELLA PENYANYI Ella berkata demikian ketika ditemui semasa majlis menandatangi MoU bersama Saudagar Santai Group (SSG) dan Ricabot selaku pelantikannya sebagai duta, baru-baru ini. Sebelum ini, Ella menerusi laman Facebook miliknya mendedahkan pernah berdepan masalah anxiety sejak beberapa tahun lalu. Penyanyi lagu Standing In The Eyes of The World ini turut berkongsi pengalamannya menghadapi masalah anxiety menerusi satu program bual bicara atas talian. Ella beri kesedaran mengenai masalah mental. Bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih parah, Ella berkata dia berjumpa dengan doktor dan mendapatkan makanan tambahan bagi mengawal masalah itu. "Alhamdulillah, sekarang ini masalah anxiety yang saya alami sudah dapat dikawal sepenuhnya dengan pengambilan makanan tambahan. "Saya menasihatkan kepada mereka di luar sana untuk bersifat lebih terbuka mengenai masalah yang mereka alami... jangan anggap ia boleh diatasi sendiri kerana kesihatan mental bukan perkara main-main. "Jangan malu atau rasa kita yang salah... saya sendiri sedia membuat pengakuan terbuka sebegini sebagai sebahagian daripada tanggungjawab membantu insan lain," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!