IBARAT retak menanti belah, itulah situasi penyanyi Aishah yang mendedahkan rumah tangga kali keempat yang dibina sejak lima tahun lalu kini goyah. Berkongsi mengenai perkara itu, Aishah atau nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin, 56, memaklumkan dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan suami sejak tiga bulan lalu. "Benar, kami sudah berpisah, cuma, talak belum dilafazkan. Kami sudah tinggal berasingan, sejak tiga bulan lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Aishah Kahwin Lagi Selepas 3 Kali Cerai ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Syukur keadaan Aishah makin baik, oksigen kini 96 peratus - “I feel better now, dah boleh ketawa” "Tiada siapa berkahwin untuk bercerai. Saya juga mengimpikan perkahwinan keempat kekal hingga akhir hayat. Jadi, usah ditanya apa punca perpisahan ini. "Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa. Anggap sahaja antara kami sudah tiada jodoh," katanya seperti dilapor BH. Aishah dan suami sudah tidak tinggal sebumbung. Dalam pada itu, penyanyi lagu Janji Manismu ini berkata dia berkongsi mengenai keruntuhan rumah tangga bukan bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak. Namun, dia memberanikan diri membuka cerita peribadi itu bagi mengelakkan timbulnya fitnah. "Jika boleh saya tidak mahu kisah rumah tangga jadi tatapan umum. Namun, saya akan menerima kesannya hanya kerana saya seorang selebriti. Siapa tidak sedih melihat mahligai yang dibina berantakan. Tetapi, saya akur dengan ketentuan Tuhan AISHAH PENYANYI "Saya memang memberi sedikit bayangan menerusi hantaran dimuat naik dalam laman Instagram (IG). Mana yang tahu, tahulah... "Pengakuan dibuat selepas saya berfikir panjang dan tidak mahu timbul fitnah jika ada melihat saya bersama lelaki lain dalam urusan kerja. "Siapa tidak sedih melihat mahligai yang dibina berantakan. Tetapi, saya akur dengan ketentuan Tuhan," katanya. Aishah bersama dua anaknya. Usaha mStar mendapatkan penjelasan lanjut masih belum berjaya apabila panggilan dan mesej tidak berjawab. Menerusi laporan mStar pada 2017, Aishah memaklumkan dia sudah sudah kembali berumah tangga selepas enam tahun bercerai dengan suami ketiganya iaitu pada 2011. Dia bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya perkahwinan keempatnya itu. Aishah dikurniakan dua orang cahaya mata. Menerusi perkahwinan pertama dia dikurniakan Armand Azhari, 28 dan perkahwinan kedua dikurniakan Azhad Ahlami, 23. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!