suria

Penyanyi baharu Bael0n tampil dengan lagu ‘Ngamsoi’, sesuai dengan karakter periang

Lagu terbaharu Bael0n berjudul Ngamsoi sesuai dengan karekternya yang ceria.

SEMAKIN ligat melakar nama dalam dunia muzik tanah air, penyanyi Bael0n kini tampil dengan corak lagu catchy yang berjudul Ngamsoi.

Sesuai dengan karekternya yang periang, Bael0n berkata dia sememangnya sengaja tampil dengan judul yang mampu memancing perhatian pendengar.

"Perkataan Ngamsoi itu diambil daripada slang yang selalu masyarakat terutama dalam kalangan orang Melayu dan Cina untuk ekspresi setuju atau mengiyakan sesuatu.

Dua lagu saya sebelum ini lebih ke arah genra rap yang ringan.

BAEL0N

PENYANYI

"Sebab utama saya memilih judul ini adalah kerana mahukan orang tertanya-tanya kenapa lagu judulnya Ngamsoi.

"Manakala dalam lirik pun saya berulang sebut Ngamsoi kerana senanglah diingati setiap pendengar," kata Bael0n.

Untuk rekod, Bael0n sudah melancarkan dua lagu iaitu Cek Mek Molek (nyanyian asal Datuk M Daud Kilau) dan Rindu (Amelina) yang diberi nafas baharu.

Bael0n 1

Bael0n beranikan diri dengan tampil sisi lain vokalnya.

Tampil dengan konsep nyanyian hip hop untuk beberapa lagu sebelum ini antaranya Gedik, kali ini Bael0n beranikan diri untuk menunjukkan sisi lain vokalnya.

"Dua lagu saya sebelum ini lebih ke arah genre rap yang ringan. Kali ini, saya ingin buktikan kemampuan vokal menyanyi saya pula.

"Sebab seboleh-bolehnya saya enggan kekal dalam sebuah genre semata-mata. Tapi tetap tampilkan lagu santai kerana mahu hiburkan pendengar dengan melodi yang ringan.

"Kita semua sudah berdepan masa sukar bersama, maka diharapkan lagu saya ini mampu riangkan serta mendapat tempat di hati pendengar," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain