suria

Melampau! Suka cakap kotor, menggatal... Aniq Suhair ‘warning’ individu menyamar jadi dirinya di Telegram

Aniq bengang ada pihak menyamar menjadi dirinya di aplikasi sembang.

PELAKON Aniq Suhair kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan foto dan menyamar menjadi dirinya di aplikasi sembang, Telegram.

Menurut Aniq, 20, dia mengetahui mengenai perkara itu selepas dimaklumkan oleh peminat di laman Instagram, baru-baru ini.

"Minggu lepas saya menerima beberapa mesej dari peminat perempuan memberitahu katanya ada orang menggunakan nama dan gambar saya di Telegram.

ARTIKEL BERKAITAN: Aniq Suhair ditampar Mak Jah gara-gara tak dapat ‘feel’ untuk menangis

ARTIKEL BERKAITAN: Aniq Suhair manfaat waktu PKP bantu frontliner... ambil peluang jadi sukarelawan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC)

"Mereka DM dan tanya akaun tu memang betul saya ke? Sebab yang menyamar jadi saya tu mengatal dengan ramai perempuan di aplikasi tersebut.

"Saya kesal dengan benda ni sebab tak baik untuk reputasi saya, kalau orang yang dia tipu tu percaya bulat-bulat, tak fasal-fasal benda ini boleh jadi fitnah," katanya kepada mStar.

aniq 3

Aniq mengamuk apabila mengetahui ada pihak menyamar menjadi dirinya.

Aniq berkata demikian ketika ditemui di majlis McDonald’s Prosperity Pre-Lauch yang diadakan di Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.

Sebelum itu, menerusi Instastory, pelakon drama Tahyul ini memuat naik status bengang dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Saya bagi amaran dahulu di Instagram supaya dia sedar yang saya tahu tentang akaun palsu ini dan jika tak ada perubahan memang saya akan ambil tindakan!

ANIQ SUHAIR

PELAKON

Dia turut melampirkan paparan skrin perbualan individu di sebalik akaun palsu menggunakan foto dan namanya dengan beberapa wanita yang menjadi mangsa penipuan.

"Untuk orang yang buat ni, jangan nak cuba jadi saya untuk jatuhkan saya. Saya tak tahu apa niat awak, saya tak buat apa-apa dan buat hal awak sendiri.

"Tolong sedar kita ada undang-undang dan saya boleh ambil tindakan terhadap perkara ini," tulisnya.

aniq 2

Aniq tak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada penyamar.

Sementara itu, Aniq berkata dia hanya memberi amaran kepada individu berkenaan, namun tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika mereka masih terus berdegil dan meneruskan penipuan tersebut.

"Saya bagi amaran dahulu di Instagram supaya dia sedar yang saya tahu tentang akaun palsu ini dan jika tak ada perubahan memang saya akan ambil tindakan.

"Saya risau kalau orang yang menyamar menjadi saya itu dirty talk (bercakap kotor), ia boleh rosakkan reputasi saya. Kalau saya biarkan, saya risau dengan impak yang terjadi pada diri saya sendiri nanti.

"Saya harap orang kat luar lebih berhati-hati dan jangan mudah percaya dengan orang yang suka pakai cipta akaun palsu ini. Jika ada orang terkena dapat mesej macam ni, jangan diamkan diri, maklumkan kepada pemilik sebenar," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain