SELEPAS hampir setahun tidak mengeluarkan single, kumpulan nasyid baharu iaitu Zayne kini tampil dengan lagu kedua berjudul Kaulah cinta. Menurut Furqan Fawwas, mereka teruja berpeluang bekerjasama dengan syarikat rakaman yang pernah menguruskan penyanyi Naim Daniel dan Ismail Izzani iaitu World Peace Entertainment. Single yang turut diterbitkan bersama Intem Digital itu juga bersesuai dengan diri mereka yang menyampaikan mesej ketuhanan menerusi lagu. "Alhamdulillah, selepas hampir setahun tidak keluar dengan single penuh disebabkan kekangan wabak Covid-19, akhirnya kami berjaya juga melancarkan single kedua kami ini. Lagu yang diterbitkan bersama Inteam Digital dan World Peace sangat sesuai dengan kami. FURQAN FAWWAS KETUA KUMPULAN ZAYNE "Kami sangat bertuah apabila kali ini diberi peluang berkolaborasi dengan label produksi yang menaungi artis terkenal seperti Naim Daniel dan Ismail Izzani sebelum ini. "Lagu yang diterbitkan bersama Inteam Digital dan World Peace sangat sesuai dengan kami," kata Furqan kepada mStar. Kumpulan nasyid itu berkongsi perkembangan terbaharu mereka ketika sesi temu bual bersama media secara maya pada Isnin. Zayne dianggotai oleh empat orang anak muda iaitu Furqan Fawwas, Abdul Basit, Mateen Yaaqub dan Naufal Azrin. Furqan selaku ketua kumpulan Zayne. Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Shaqiel Naufal, Firdaus Rahmat dan Mas Dewangga ini merupakan sebuah lagu bergenre pop yang berentak rancak dengan susunan muzik oleh Mas Dewangga. Dalam pada itu, Basit memberitahu kali ini mereka memilih lagu berentak rancak berbeza dengan single pertama berjudul Rindu. "Sebelum ini kami sudah keluar dengan single Rindu yang berentak agak perlahan dan sentimental serta beberapa lagu nyanyian semula. "Kali ini kami tampilkan single berentak agak rancak ini supaya lebih sesuai dengan jiwa remaja sambil menghayati mesej dari lagu ini," tambah Basit. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!