MELEPASKAN kerjaya sebagai kakitangan kerajaan iaitu pegawai penjara, pelakon baharu Amirul Asyhwad tidak pernah berasa menyesal atau ral Amirul atau nama sebenarnya Ahmad Amirul Asyhwad Ahmad Nizan, 25, dia membuat keputusan berat itu sejak setahun lalu bagi mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang pelakon. ARTIKEL BERKAITAN: Daiyan Trisha positif Covid-19, jangkit daripada kru drama - “Saya mohon maaf” ARTIKEL BERKAITAN: Juara Hero Remaja tak kisah syarat pengikut sejuta, sokong idea produksi cari rating tinggi “Jujurnya, pada awalnya saya terima kerjaya sebagai penjawat awam kerana memenuhi permintaan orang tua saya. Amirul bersyukur hasratnya melangkah jauh dalam industri semakin luas. “Tetapi selepas beberapa tahun berkhidmat, tiada keikhlasan dalam hati saya untuk menggalas tanggungjawab diamanahkan. “Akhirnya, saya membuat keputusan meletakkan jawatan dan mengejar impian menjadi pelakon," ujarnya kepada mStar. Jujurnya, pada awalnya saya terima kerjaya sebagai penjawat awam kerana memenuhi permintaan orang tua saya. AMIRUL ASYHWAD PELAKON BAHARU Amirul yang muncul sebagai watak sampingan dalam drama Budak Tebing 2 bersyukur kewujudannya mula mencuri perhatian penonton. Biarpun tidak mempunyai banyak babak, namun dia gembira kehadirannya menerima respons positif penonton drama itu. Amirul berhenti kerja sebagai pegawai penjara demi mengejar cita-cita sebagai pelakon. “Ketika ditawarkan peluang ini, saya terus bersetuju menerimanya. “Sebaik membaca skrip, rupanya peranan saya berhubung rapat dengan watak hero," katanya Sementara itu, Amirul juga bersyukur hasratnya untuk melangkah jauh dalam industri seni semakin luas. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!